Kepakaran | FAKULTI PENGAJIAN ALAM SEKITAR
» PENYELIDIKAN » Unit Penyelidikan Forensik Alam Sekitar » Kepakaran

Kepakaran

 

 

Kepakaran yang terdapat di fakulti yang berkaitan  dengan forensik alam sekitar adalah seperti berikut:

  1. Prof. Dr. Ahmad Zaharin Aris
  2. Prof. Madya Dr Wan Nor Azmin Sulaiman
  3. Prof. Madya Dr Zelina Zaiton Ibrahim
  4. Prof. Madya Dr Mohd Kamil Yusoff
  5. Prof. Madya Dr Ahmad Makmom Abdullah
  6. Prof. Madya Dr Mohammad Firuz Ramli

Jaringan

Penyelidikan berkaitan dengan Forensik Alam Sekitar  telah dijalankan bersama dengan institusi antarabangsa dan kebangsaan adalah seperti  berikut:

  1. Ocean Research  Institute, University   of Tokyo
  2. Laboratory of Organic  Geochemistry, Tokyo   University of  Agricultural and Technology
  3. Emergency Response Laboratory, National  Yunlin University  of Science and Technology, Taiwan
  4. Laboratory of Organic Geochemistry, University of Rode  Island, Amerika Syarikat
  5. Asia-Pacific  Economic Cooperation Marine Environmental and Training Centre (AMETEC), Korea Ocean  Research and Development Institute (KORDI), Korea
  6. Pusat kawalan Racun Kebangsaan, Universiti Sains Malaysia

Skop Aktiviti Penyelidikan

Pusat Penyelidikan Forensik Alam Sekitar mempunyai  empat komponen seperti berikut:

  1. Komponen Kimia Forensik - menjalankan risikan  penyelidikan bahan-bahan punca (cap jari) bahan-bahan buangan toksik
  2. Komponen Teknologi  Biologi Dan Molekul - menjalankan penyelidikan ke atas kumbahan dan najis  badan-badan air tercemar. Makmal ini perlu dilengkapi dengan alatan terkini  termasuk penjujuk DNA.
  3. Komponen Sisa Pepejal  Dan Larut Lesapan - menjalankan penyelidikan meluas pencirian kimia sisa pepejal dan air  limpahan sampah.
  4. Komponen Pendidikan dan  Pemindahan Teknologi - menjalankan latihan, mengajar dan melaksanakan  kerjasama penyelidikan dengan institut-institut lain, syarikat-syarikat dan  badan-badan antarabangsa.

Bidang kajian tertentu disenaraikan seperti berikut:

  1. Kaedah pengecap-jarian sumber-sumber bahan dan mewujudkan  sebuah pangkalan data yang komprehensif – pangkalan data kimia jenis ini pada  peringkat molekul masih belum wujud di Malaysia. Kerja perintis ini boleh  meletakkan penyelidikan forensik alam sekitar ke peringkat seterusnya.  Aktiviti-aktiviti penyelidikan ini akan dijalankan di Makmal Kimia Forensik.
  2. Pengedaran, sumber-sumber dan pengangkutan lorong-lorong  bahan pencemar – cap jari khusus bahan pencemar daripada matrik-matrik alam  sekitar akan ditubuhkan. Aktiviti-aktiviti penyelidikan ini akan dijalankan  Makmal Kimia Forensik dan Makmal Teknologi Biologi dan Molekul.
  3. Pemindahan Teknologi – penyelidikan forensik alam sekitar  akan membawa kepada kesan penting ke atas pengetahuan keseluruhan bahan kimia  xenobiotik.

Pusat Penyelidikan ini dijangka menyumbang kepada  pengetahuan forensik alam sekitar dan ilmu saintifik terutamanya penyelidikan  para siswazah melalui penerbitan tesis, seminar, buletin penyelidikan, dan  penerbitan jurnal.

Makmal yang Berkaitan

Makmal-makmal lain yang mempunyai skop penyelidikan  yang berkaitan termasuk Pusat Kawalan Racun Kebangsaan (NPCC), Universiti Sains  Malaysia,  Makmal Forensik, University of  California, San Diego,  dan Makmal  Geokimia Organik, Tokyo University of Agriculture and Technology, Jepun dan Makmal  Geokimia Organik, University of Rhode Island, USA.  

 

 

Kemaskini:: 25/07/2018 [zakh]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696733
03-89438109
SXETLAA~