PUTRA Bakti | FAKULTI PENGAJIAN ALAM SEKITAR
» PUTRA BAKTI

PUTRA Bakti

aktiviti sukarelawan dan khidmat masyarakat yang melibatkan pelajar dan pegawai Fakulti Pengajian Alam Sekitar Tahun 2018

 

PROJEK MEMBERDAYA KOMUNITI MISKIN BANDAR DI PANGSAPURI ENGGANG 18 November 2018

Projek ini telah berlangsung pada 18 November 2018 (Ahad) bertempat di Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara Puchong bagi fasa satu. Seramai 25 orang wakil daripada Fakulti Pengajian Alam Sekitar, UPM telah menghadiri projek tersebut.

Projek ini merupakan anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Projek ini telah dihadiri oleh Puan Noraini binti Roslan selaku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya dan dirasmikan oleh Tuan Ganabatirau a/l Veraman selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang projek ini berjalan seperti gotong-royong sekitar kawasan pangsapuri, aktiviti memanah, kitar semula dan sebagainya.

 

PROGRAM GOTONG-ROYONG CEGAH DENGGI 7 oktober 2018

Telah berlangsung Program Gotong-royong Cegah Denggi bertempat di Pangsapuri Kos rendah, Taman Sri Serdang.

Program ini telah dihadiri oleh pelajar-pelajar dari Fakulti Pengajian Alam Sekitar (FPAS) serta penduduk pangsapuri tersebut. Program ini diadakan bagi melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan pangsapuri tersebut daripada gejala nyamuk aedes yang berleluasa. Selain itu, sesi cabutan bertuah turut diadakan bagi memeriahkan majlis.

Program ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ahli Dewan DUN Sri Serdang, YB Dr. Siti Mariah Mahmud dan Ahli Majlis JKP Zon 20, En. Mohan Singh A/L Surtar Sigh serta Pengerusi JMB Pangsapuri Kos Rendah, Taman Sri Serdang, Susan Chong Siew Chin.

 

PROGRAM PEMBERSIHAN SUNGAI   30 September 2018 (Ahad)

Telah berlangsung Program Gotong-royong Sungai sempena Sambutan Hari Sungai Sedunia bertempat di Laman Komuniti, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.

Program ini telah dihadiri seramai 28 orang wakil dari Fakulti Pengajian Alam Sekitar, UPM. Program ini juga merupakan program jangka masa lama bagi memelihara sungai di negara ini serta memupuk semangat cintakan sungai dalam kalangan masyarakat.

Program ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ahli Parlimen Bangi, YB Dr. Ong Kian Ming dan ADUN Sg. Ramal, YB Hj. Mazwan Johar.

 

EMG4991-Environmental Management Seminar that organised by 2nd year of Bachelor Environmental Management (Faculty of Environmental Studies) UPM❗

Date: 30 April 2018 (Monday)

Time: 10 a.m - 2 p.m

Venue: Dewan Utama Alam Sekitar (DUAS), Faculty of Environmental Studies, UPM

Theme: " Animal Cruelty "🐘

 

2 hingga 4 April 2018 Fakulti Pengajian Alam Sekitar (FPAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Alam Sekitar (FESSA) telah menganjurkan program Love Our Lake (LOL2018) iaitu program gotong-royong perdana bersama komuniti nelayan darat di Tanjung Tualang, Perak Februari hingga penghujung bulan ini. 

 

final year students from Bachelor of Environmental Management Batch 9 session 2014/2015 will having the “Program Sukarelawan Siswa @ Pulau Tioman 2018” 31 March - 2 April 2018 this program will focus on the coastal & sea clean up,coastal zone management sharing session and environmental awareness infographic distribution also sharing session with Dept. Marine Park Malaysia

The main activities
-Coastal & sea clean up
-Coastal Zone Management sharing session by Dr Abd Muhaimin 
-Environmental Awareness infographic distribution around island public places
-Sharing session of the management of marine park with Dept of Marine Park Malaysia

 

18 Mac 2018 (pantai bagan lalang, sepang) - Program Tanam Pokok Negeri Selangor 2018 bersama Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor. Delegasi daripada FPAS diketuai oleh Prof. Madya Dr Ahmad Makmom Abdullah.

SXDTLAM~