Latar Belakang | FAKULTI PENGAJIAN ALAM SEKITAR
» JABATAN » Jabatan Pengurusan Alam Sekitar » Latar Belakang

Latar Belakang

Jabatan Pengurusan Alam Sekitar ditubuhkan pada 1 September 2004 apabila Fakulti Pengajian Alam Sekitar ditubuhkan. Jabatan menawarkan kursus dalam bidang pengurusan dan perancangan alam sekitar untuk Program Bacelor Pengurusan Alam Sekitar, Master dan PhD dalam bidang alam sekitar dan program-program lain di UPM.

Tujuan Jabatan ditubuhkan adalah membentuk graduan yang mampu menghubungkaitkan aspek sains biofizikal dan sains sosio-ekonomi dalam memahami interaksi antara manusia dan alam semulajadi bagi merancang dan menguruskan pembangunan mampan. Selain itu, graduan dari Jabatan ini dijangka mampu menjalankan penyelidikan dalam bidang pengurusan alam sekitar samada di peringkat pasca siswazah atau di dalam organisasi masing-masing serta menerapkan pembelajaran sepanjang hayat.

Graduan yang dihasilkan oleh Jabatan ini dijangka akan dapat berkhidmat di sektor awam dan swasta dalam jawatan seperti pegawai tadbir dan diplomatik, pegawai tadbir, pegawai alam sekeliling, pegawai pengurusan alam sekitar, pegawai penyelidik sosial, penerbit rancangan, pegawai penerangan, pegawai perhubungan perusahaan, pegawai laut, pelaksana sistem pengurusan alam sekitar, pegawai tentera, pegawai polis, perunding alam sekitar, serta guru dan pensyarah bidang alam sekitar. Antara agensi yang berminat untuk mengambil graduan program ini adalah Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, MARDI, NAHRIM, Jabatan Pertanian dan Agensi Swasta yang lain khususnya Syarikat Konsultansi EIA.

Pegawai akademik Jabatan Pengurusan Alam Sekitar mempunyai latarbelakang dalam bidang sains gunaan dan sains kemanusiaan. Bidang kepakaran merangkumi polisi dan urus tadbir alam sekitar, undang-undang, ekonomi, perancangan pengangkutan, pendidikan, etika, pengurusan sisa, sistem pengurusan alam sekitar, kajian marin dan akuatik, serta perancangan bandar dan desa.

 

 

Kemaskini:: 05/06/2017 [noorfizah]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696733
03-89438109
SXDcVAN~