Program Bacelor Pengurusan Alam Sekitar ini dibentuk dengan matlamat untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan luas, berkemahiran dan terlatih dalam bidang pengurusan alam sekitar, berkemampuan mengurus penggunaan teknologi dalam pentadbiran dan pengurusan pembangunan mapan, di samping mempunyai etika, sikap prihatin, proaktif, berketrampilan, berdaya saing dan berbudaya cemerlang. Program ini mengambil masa selama empat tahun (8 semester) termasuk latihan amali selama 6 bulan pada semester akhir pengajian.
|
STRUKTUR KURIKULUM
Nama Program: Bacelor Pengurusan Alam Alam Sekitar
Jumlah Kredit Bergraduat: 128 Jam Kredit
Tempoh Pengajian: 8 Semester (4 Tahun)
Matlamat program adalah seperti berikut:
- Menghasilkan graduan yang mempunyai ilmu asas mencukupi untuk membina kerjaya di dalam bidang pengurusan alam sekitar atau bidang berkaitan.
- Menghasilkan graduan yang dapat mempamerkan ciri-ciri kepemimpinan dalam sesebuah organisasi mahupun perniagaan yang diceburi dan mampu menyelesaikan masalah berkaitan alam sekitar melalui pendekatan mampan.
- Mampu menjalankan penyelidikan dalam bidang pengurusan alam sekitar samada di peringkat pasca siswazah atau di dalam organisasi masing-masing serta menerapkan pembelajaran sepanjang hayat.
|
RINGKASAN HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
Program |
Pengetahuan |
Kemahiran Teknikal/ Praktikal/ Psikomotor
|
Pendekatan Kemahiran Berfikir dan Saintifik |
Kemahiran Berkomunikasi |
Kemahiran Sosial dan Bertanggungjawab |
Professionalisme, Nilai, Sikap dan Etika |
Pendidikan Sepanjang Hayat dan Pengurusan Informasi |
Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan |
Kemahiran Kepimpinan |
P1 |
P2 |
P3 |
P4 |
P5 |
P6 |
P7 |
P8 |
P9 |
Bacelor Pengurusan Alam Sekitar |
42 |
22 |
16 |
14 |
12 |
13 |
10 |
6 |
4 |
*Nombor mewakili bilangan kursus wajib dan elektif
KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN |
- Pengurusan Sumber Asli
- Perancangan & Pengurusan
- Sains Fizikal & Biologi
- Kaedah Kuantitatif
- Ekonomi Alam Sekitar
- Amali Sains & Geografi
- Undang-undang
- Sistem Maklumat
- Studio Alam Sekitar
- Pengurusan Sisa Pepejal
- Kualiti Air & Udara
- Polisi & Pentadbiran
- Ekonomi & Pengurusan
- Penilaian Kesan
- Operasi Projek
- Etika Alam Sekitar
- Pengurusan Pantai
- Sistem Pengurusan Kualiti
- Perubahan Alam Sekitar
- Perancangan Pengangkutan
- Kerja Lapangan
- Latihan Industri
|
SYARAT KHAS PROGRAM |
i. Calon lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
- Sekurang-kurangnya mendapat Gred C+ (NGMP 2.33) dalam dua (2) daripada mata pelajaran berikut pada peringkat STPM:
Biologi, Ekonomi, Fizik, Geografi, Kimia, Matematik / Matematik Tambahan, Pengajian Perniagaan, Pengkomputeran, Perakaunan, Sejarah
- Sekurang-kurangnya kepujian dalam dua (2) mata pelajaran berikut pada peringkat SPM/ Setaraf:
Matematik/Matematik Tambahan, Satu matapelajaran sains
|
ii. Calon lepasan matrikulasi Sains Hayat/ Sains Fizikal/ Perakaunan
- Sekurang-kurangnya mendapat Gred C+ (2.33) dalam dua (2) daripada mata pelajaran berikut pada peringkat Matrikulasi:
Biologi, Ekonomi, Kimia, Matematik/Matematik Tambahan, Pengurusan Perniagaan, Perakaunan
dan
- Sekurang-kurangnya kepujian dalam dua (2) mata pelajaran berikut pada peringkat SPM/ Setaraf:
Matematik/ Matematik Tambahan, Satu matapelajaran sains
|
iii. Kemasukan lepasan kelayakan setaraf
- Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti dalam bidang yang sesuai;
dan
- Sekurang-kurangnya kepujian dalam dua (2) mata pelajaran berikut pada peringkat SPM/ Setaraf:
Matematik/ Matematik Tambahan, Satu matapelajaran sains
|
YURAN PENGAJIAN & BANTUAN KEWANGAN |
Yuran Pengajian Bacelor di Universiti Putra Malaysia - Pelajar Dalam Negara
Yuran Pengajian Bacelor di Universiti Putra Malaysia - Pelajar Antarabangsa |
MAKLUMAT KERJAYA |
Siswazah dari program ini akan menjadi sumber daya profesional dalam bidang pengurusan alam sekitar, yang mampu menghubungkan aspek biofizikal dan sosio-ekonomi untuk merancang dan menguruskan pembangunan mampan negara ke arah mencapai Wawasan 2020. Para graduan akan mempunyai peluang untuk membina kerjaya mereka dalam pelbagai bidang termasuk pengurusan, perancangan, ahli akademik dan penyelidikan sama ada dalam sektor awam atau sektor swasta.
Sektor Awam
- Pegawai Alam Sekitar
- Pegawai Pendidikan Alam Sekitar
- Perancang Sumber Asli
- Pegawai Taman dan Lanskap
- Pegawai Pembangunan Tanah
- Pegawai Pembangunan Komuniti
- Pegawai Kajian Alam Sekitar
- Pegawai Marin
- Guru/Pensyarah Alam Sekitar
Sektor Swasta
- Pegawai Kawalan Alam Sekitar
- Pegawai Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar
- Pegawai Pengurusan Sisa Pepejal
- Pegawai Pengurusan Kualiti Udara dan Air
- Eksekutif Eko-Pelancongan
- Eksekutif Pembangunan Tanah
- Pengurus Projek Alam Sekitar
- Perunding Alam Sekitar
- Pegawai Pelaksanaan Sistem Pengurusan Alam Sekitar
- Pegawai Latihan Alam Sekitar
|
Untuk Maklumat lanjut, sila hubungi:
Dr Mariani Ho Nyuk Onn @ Ariffin
Ketua
Jabatan Pengurusan Alam Sekitar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Malaysia
+603-89466771
marianiho@upm.edu.my
Kemaskini:: 06/06/2017 [muhai]
PERKONGSIAN MEDIA