Bacelor Pengurusan Alam Sekitar | FAKULTI PENGAJIAN ALAM SEKITAR
» AKADEMIK » Prasiswazah » Bacelor Pengurusan Alam Sekitar

Bacelor Pengurusan Alam Sekitar

Program  Bacelor Pengurusan Alam Sekitar ini dibentuk dengan matlamat  untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan luas, berkemahiran dan terlatih dalam bidang pengurusan alam sekitar, berkemampuan mengurus penggunaan teknologi dalam pentadbiran dan pengurusan pembangunan mapan, di samping mempunyai etika, sikap prihatin, proaktif, berketrampilan, berdaya saing dan berbudaya cemerlang. Program ini mengambil masa selama empat tahun (8 semester) termasuk latihan amali selama 6 bulan pada semester akhir pengajian.

STRUKTUR KURIKULUM

Nama Program: Bacelor Pengurusan Alam Alam Sekitar

Jumlah Kredit Bergraduat: 128 Jam Kredit

Tempoh Pengajian: 8 Semester (4 Tahun)

Matlamat program adalah seperti berikut:

  1. Menghasilkan graduan yang mempunyai ilmu asas mencukupi untuk membina kerjaya di dalam bidang pengurusan alam sekitar atau bidang berkaitan.
  2. Menghasilkan graduan yang dapat mempamerkan ciri-ciri kepemimpinan dalam sesebuah organisasi mahupun perniagaan yang diceburi dan mampu menyelesaikan masalah berkaitan alam sekitar melalui pendekatan mampan.
  3. Mampu menjalankan penyelidikan dalam bidang pengurusan alam sekitar samada di peringkat pasca siswazah atau di dalam organisasi masing-masing serta menerapkan pembelajaran sepanjang hayat.

 

RINGKASAN HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM

 

Program Pengetahuan

Kemahiran Teknikal/
Praktikal/
Psikomotor

Pendekatan Kemahiran Berfikir dan Saintifik Kemahiran Berkomunikasi Kemahiran
Sosial dan Bertanggungjawab
Professionalisme, Nilai, Sikap dan
Etika
Pendidikan Sepanjang Hayat dan Pengurusan Informasi Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan Kemahiran Kepimpinan
P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9
Bacelor Pengurusan Alam Sekitar  42 22  16  14  12  13  10 

 *Nombor mewakili bilangan kursus wajib dan elektif

KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN

 

  • Pengurusan Sumber Asli
  • Perancangan & Pengurusan
  • Sains Fizikal & Biologi
  • Kaedah Kuantitatif
  • Ekonomi Alam Sekitar
  • Amali Sains & Geografi
  • Undang-undang
  • Sistem Maklumat
  • Studio Alam Sekitar
  • Pengurusan Sisa Pepejal
  • Kualiti Air & Udara
  • Polisi & Pentadbiran
  • Ekonomi & Pengurusan
  • Penilaian Kesan
  • Operasi Projek
  • Etika Alam Sekitar
  • Pengurusan Pantai
  • Sistem Pengurusan Kualiti
  • Perubahan Alam Sekitar
  • Perancangan Pengangkutan
  • Kerja Lapangan
  • Latihan Industri

SYARAT KHAS PROGRAM


i. Calon lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

  • Sekurang-kurangnya mendapat Gred C+ (NGMP 2.33) dalam dua (2) daripada mata pelajaran berikut pada peringkat STPM:


Biologi, Ekonomi, Fizik, Geografi, Kimia, Matematik / Matematik Tambahan, Pengajian Perniagaan, Pengkomputeran, Perakaunan, Sejarah

  • Sekurang-kurangnya kepujian dalam dua (2) mata pelajaran berikut pada peringkat SPM/ Setaraf:


Matematik/Matematik Tambahan, Satu matapelajaran sains

ii.  Calon lepasan matrikulasi Sains Hayat/ Sains Fizikal/ Perakaunan

  • Sekurang-kurangnya mendapat Gred C+ (2.33) dalam dua (2) daripada mata pelajaran berikut pada peringkat Matrikulasi:


Biologi, Ekonomi, Kimia, Matematik/Matematik Tambahan, Pengurusan Perniagaan, Perakaunan

dan

  • Sekurang-kurangnya kepujian dalam dua (2) mata pelajaran berikut pada peringkat SPM/ Setaraf:


Matematik/ Matematik Tambahan, Satu matapelajaran sains

iii. Kemasukan lepasan kelayakan setaraf

  1. Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf  dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti dalam bidang yang sesuai;

    dan

  2. Sekurang-kurangnya kepujian dalam dua (2) mata pelajaran berikut pada  peringkat SPM/ Setaraf:


Matematik/ Matematik Tambahan, Satu matapelajaran sains

YURAN PENGAJIAN & BANTUAN KEWANGAN
Yuran Pengajian Bacelor di Universiti Putra Malaysia
   - Pelajar Dalam Negara

Yuran Pengajian Bacelor di Universiti Putra Malaysia
   - Pelajar Antarabangsa
MAKLUMAT KERJAYA

 

Siswazah dari program ini akan menjadi sumber daya profesional dalam bidang pengurusan alam sekitar, yang mampu menghubungkan aspek biofizikal dan sosio-ekonomi untuk merancang dan menguruskan pembangunan mampan negara ke arah mencapai Wawasan 2020. Para graduan akan mempunyai peluang untuk membina kerjaya mereka dalam pelbagai bidang termasuk pengurusan, perancangan, ahli akademik dan penyelidikan sama ada dalam sektor awam atau sektor swasta.

Sektor Awam

  • Pegawai Alam Sekitar
  • Pegawai Pendidikan Alam Sekitar
  • Perancang Sumber Asli
  • Pegawai Taman dan Lanskap
  • Pegawai Pembangunan Tanah
  • Pegawai Pembangunan Komuniti
  • Pegawai Kajian Alam Sekitar
  • Pegawai Marin
  • Guru/Pensyarah Alam Sekitar

 

Sektor Swasta

  • Pegawai Kawalan Alam Sekitar
  • Pegawai Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar
  • Pegawai Pengurusan Sisa Pepejal
  • Pegawai Pengurusan Kualiti Udara dan Air
  • Eksekutif Eko-Pelancongan
  • Eksekutif Pembangunan Tanah
  • Pengurus Projek Alam Sekitar
  • Perunding Alam Sekitar
  • Pegawai Pelaksanaan Sistem Pengurusan Alam Sekitar
  • Pegawai Latihan Alam Sekitar

  

Untuk Maklumat lanjut, sila hubungi:


Dr Mariani Ho Nyuk Onn @ Ariffin
Ketua
Jabatan Pengurusan Alam Sekitar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Malaysia

 +603-89466771
 marianiho@upm.edu.my  

Kemaskini:: 06/06/2017 [muhai]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696733
03-89438109
SXETQAL~