Bacelor Sains Dan Teknologi Alam Sekitar | FAKULTI PENGAJIAN ALAM SEKITAR
» AKADEMIK » Prasiswazah » Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar

Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar

 

Jabatan Sains Alam Sekitar menawarkan program ijazah Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar yang mengambil masa empat tahun. Ijazah ini adalah pada peringkat kepujian (honours) dan dianggap sebagai ijazah profesional oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Sistem semester digunakan dan satu tahun terdiri daripada dua semester, yang bermula pada bulan Jun (Semester 1) dan bulan December (Semester 2). Setiap semester adalah sepanjang 18 minggu termasuk satu minggu cuti semester dan tiga minggu masa Peperiksaan Akhir. Penuntut perlu menunaikan pengajian kerja kursus sebanyak 100 kredit, termasuk latihan praktikum profesional (3 kredit) dan projek kajian (6 kredit) sendirian. Satu kredit adalah merupakan kuliah satu-jam atau kelas amali tiga jam seminggu. Untuk bergraduat dalam masa tiga tahun, beban kursus setiap semester adalah 15-18 kredit. Ini bermakna penuntut mengambil lima hingga tujuh kursus dalam satu semester.

Universiti mengamalkan sistem penilaian berterusan. Kira-kira 60% daripada jumlah gred keseluruhan dinilaikan melalui ujian atau tugasan yang diberikan dalam semester. Peratusan yang seterusnya adalah dinilaikan melalui Peperiksaan Akhir pada hujung semester.

Program ijazah ini dinilaikan setiap tahun oleh Pemeriksa Luar daripada universiti lain. Sebagai contoh pada tahun-tahun yang lepas Pemeriksa Luar telah datang daripada Imperial College, London, UK; University of Virginia, Charlottesville, USA; dan University of East Anglia, Norwich, UK.



STRUKTUR KURIKULUM

 

Nama Program :Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar
Jumlah Kredit Bergraduat :122 Jam Kredit
Tempoh Pengajian :8 Semester (4 Tahun)
Matlamat Program :
  1. menghasilkan profesional sains alam sekitar yang berpengetahuan tinggi dalam pelbagai bidang kerjaya merentas disiplin yang menyumbang ke arah kelestarian hidup.
  2. menghasilkan graduan yang berpotensi untuk mengaplikasi teknologi alam sekitar dalam penyelesaian masalah dan penawaran perkhidmatan alam sekitar.
  3. melahirkan penyelidik yang berkemahiran penyelidikan serta berupaya menggunakan kemahiran teknikal dan kaedah alam sekitar bagi tujuan inovasi dan pengajian lanjutan.

 

RINGKASAN HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM

 

Program  Pengetahuan Kemahiran Teknikal/ Praktikal/ Psikomotor Pendekatan Kemahiran Berfikir dan Saintifik Kemahiran Berkomunikasi

KemahiranSosial dan Bertanggungjawab

Professionalisme, Nilai, Sikap dan Etika Pendidikan Sepanjang Hayat dan Pengurusan Informasi Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan Kemahiran Kepimpinan
P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9
Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar 38 12 28 8 7 9 11 2 2

 *Nombor mewakili bilangan kursus wajib dan elektif

 

KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN

 

  • Fizik Alam Sekitar
  • Biologi Alam Sekitar
  • Kimia Alam Sekitar
  • Geologi Alam Sekitar
  • Matematik Gunaan Untuk Alam Sekitar
  • Pengenalan Kepada Envirometrik
  • Kajian Lapangan Bersepadu Alam Sekitar
  • Manusia dan Alam Sekitar
  • Masyarakat, Etika dan Alam Sekitar
  • Undang - Undang Kawalan Pencemaran Alam Sekitar
  • Analisis dan Instrumentasi Alam Sekitar
  • Pengenalan Sains Atmosfera
  • Teknologi Rawatan Sisa Pepejal
  • Prinsip Kesihatan Alam Sekitar
  • Hidrologi Alam Sekitar
  • Rawatan Air Sisa
  • Sistem Maklumat Geografi Alam Sekitar
  • Latihan Industri
  • Projek Ilmiah Tahun Akhir

 

SYARAT KHAS PROGRAM

 

i. Calon lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

  • Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred C+ (NGMP 2.33) salah satu mata pelajaran Matematik Tambahan atau Matematik Lanjutan T atau Sains pada peringkat STPM.

 

ii. Calon lepasan matrikulasi

  • Matrikulasi Sains Hayat/ Sains Fizikal, Sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.30 dan
  • Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred C+ salah satu mata pelajaran Matematik atau Sains.

 

iii. Kemasukan lepasan kelayakan setaraf

  • Diploma dari UPM atau lain- lain diploma dari Institusi lain yang sama atau setara dan diiktiraf.
  • Kelulusan yang diiktiraf layak dan memuaskan Jawatankuasa Pemilih. 

 

YURAN PENGAJIAN & BANTUAN KEWANGAN

 

Yuran Pengajian Bacelor di Universiti Putra Malaysia
   - Pelajar Dalam Negara

Yuran Pengajian Bacelor di Universiti Putra Malaysia
   - Pelajar Antarabangsa  

MAKLUMAT KERJAYA

Setelah tamat pengajian, graduan Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar berpotensi membina kerjaya mereka dalam pelbagai bidang seperti berikut:

  • Eksekutif/Pegawai/Penyelia Alam Sekitar
  • Penyelidik / Saintis
  • Juruteknik Kejuruteraan Alam Sekitar
  • Juruteknik Sains Alam Sekitar
  • Hydrologi
  • Perunding Alam Sekitar
  • Arkitek Rangkaian
  • Ahli Perniagaan - perundingan / pertanian moden

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Prof. Madya Tengku Hanidza Tengku Ismail
Ketua
Jabatan Sains Alam Sekitar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Malaysia

+60-3-89466770
thanidza@upm.edu.my   

Kemaskini:: 08/06/2017 [sitiarina]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696733
03-89438109
SXESWAH~