KATA ALUAN DEKAN | FAKULTI PENGAJIAN ALAM SEKITAR
» MENGENAI KAMI » KATA ALUAN DEKAN

KATA ALUAN DEKAN





Sejak kebelakangan ini, dunia mengalami kebangkitan gerakan pembangunan mampan, terutamanya dari segi keadaan semasa dan masa depan alam sekitar. Namun begitu, pembangunan mampan merupakan satu cita-cita tinggi yang tidak mustahil. Asas untuk mencapai cita-cita ini adalah dengan mengubah aktiviti pasaran dengan memastikan ianya dilakukan dalam kitaran semulajadi bahan dan memastikan polisi berkaitan alam sekitar digubal dengan cara yang berkesan. Selain itu, adalah penting untuk memastikan bahawa pertumbuhan ekonomi dan perlindungan alam sekitar menjadi dua perkara yang saling mengukuhkan, dan bukan bersaing. Sungguhpun perubahan-perubahan yang diperlukan ini mengambil masa untuk diatur, banyak negara telah mengambil beberapa langkah yang berjaya menggerakkan sektor awam dan swasta ke arah pembangunan yang lebih mampan.

Justeru, Fakulti Pengajian Alam Sekitar adalah komited and responsif terhadap langkah-langkah ini untuk menggerakkan Malaysia ke arah masa depan yang lebih lestari. Oleh itu, adalah menjadi tugas utama fakulti untuk memastikan aktiviti pengajaran dan penyelidikan yang dijalankan adalah didorong oleh pasaran, responsif, dan boleh mengetuai dalam menghadapi cabaran perubahan keperluan dunia masa kini. Hasil pengajaran dan penyelidikan ini mestilah mampu untuk mengembangkan ekonomi, sosial, dan kebudayaan, termasuk menambahbaik kualiti kehidupan sejagat, melalui pembangunan persekitaran yang baik dan mampan.

Kemaskini:: 06/06/2017 [noorfizah]

PERKONGSIAN MEDIA

SXDdHA6~