International Conference On Environmental Forensics (iENFORCE) | FAKULTI PENGAJIAN ALAM SEKITAR
» PENYELIDIKAN » International Conference on Environmental Forensics (iENFORCE)

International Conference on Environmental Forensics (iENFORCE)

Pada tahun 2013, Bahagian Penyelidikan Forensik Alam Sekitar (ENFORCE) telah menganjurkan International Conference on Environmental Forensics (iENFORCE) yang pertama. Tujuan persidangan ini adalah untuk menyediakan satu forum di peringkat antarabangsa yang membolehkan interaksi di antara para saintis, perunding dan penjawat awam yang terlibat dalam bidang forensik alam sekitar. Penganjuran kali pertama ini telah berjaya membantu memperkenalkan ENFORCE dan Fakulti Pengajian Alam Sekitar ke peringkat antarabangsa. Kejayaan konferens pertama ini telah meyakinkan pihak ENFORCE untuk menganjurkan konferens tersebut secara berkala; maka, iENFORCE yang kedua telah diadakan pada tahun 2015. 

 

Walaubagaimanapun, selepas penganjuran iENFORCE 2015, ENFORCE telah diserap masuk sebagai sebuah unit di bawah Fakulti Pengajian Alam Sekitar. Disebabkan proses penyerapan ini, penganjuran iENFORCE kini telah dikendalikan oleh Fakulti Pengajian Alam Sekitar. Oleh itu, Fakulti Pengajian Alam Sekitar telah bersepakat untuk menganjurkan iENFORCE yang ketiga pada 18 hingga 19 September 2018 di Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM. 

 

Anda boleh layari pautan-pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang iENFORCE yang telah berlangsung, serta tentang iENFORCE 2018.

Kemaskini:: 14/06/2017 [zakh]

PERKONGSIAN MEDIA

SXETSAp~