| FAKULTI PENGAJIAN ALAM SEKITAR

MENGAPA PERLU MEMILIH FAKULTI PENGAJIAN ALAM SEKITAR

 

  • Pengalaman
  • Persekitaran dan Pembelajaran
Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia telah ditubuhkan pada 1 September 2004. Fakulti ini berasal dari Jabatan Sains Alam Sekitar yang ditubuhkan pada Ogos 1976 di bawah Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar. Pada tahun yang sama program Ijazah Sarjana Muda Alam Sekitar diperkenalkan. Ijazah ini diiktiraf sebagai ijazah profesional oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan merupakan program alam sekitar yang pertama yang ditawarkan di Asia Tenggara.


 

Fakulti ini dilengkapi dengan sumber-sumber yang mencukupi dan pelbagai kemudahan bagi tujuan pembelajaran dan penyelidikan. Semua pengajaran dan penyelidikan makmal dilengkapi dengan peralatan khas seperti HPLC dan GCMS. Terdapat juga makmal komputer dengan perisian teknologi dan analisa data terkini, dan pusat sumber yang menyediakan penerbitan dan rujukan untuk pelajar. Selain itu, Unit Forensik Alam Sekitar telah ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti penyelidikan berimpak tinggi berkaitan pencemaran alam sekitar dan forensik dan sebagai pusat latihan dan pemindahan teknologi untuk forensik alam sekitar.
 

  • Pakar Terlatih
  • Kerjasama Antarabangsa
 
Kumpulan akademik mempunyai kepakaran yang kukuh dalam pelbagai bidang seperti kualiti alam sekitar dan pemuliharaan, pencemaran dan teknologi kawalan, analisis alam sekitar dan pemodelan, hidrologi dan hidrogeologi, marin dan ekosistem air tawar, perancangan alam sekitar dan pengurusan, dasar alam sekitar dan tadbir urus, etika alam sekitar dan ekonomi alam sekitar. 





Fakulti ini telah menjalinkan kerjasama dalam pertukaran akademik dan penyelidikan bersama dengan universiti dan organisasi luar negara yang terkenal seperti National Yunlin University of Science and Technology (NYUST), Mitsubishi Corporation, The Academy of Sciences for the Developing World (TWAS), Gwangju Institute of Science and Technology, Kyoto University dan Japan Society for the Promotion of Science (JSPS).



  • Jaminan Kualiti Program
  • Anugerah Pelajar Cemerlang

 

Program akademik fakulti mendapat pengiktirafan ISO 9001:2008 dan telah diberikan status swaakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia. Program-program ini dinilai setiap tahun oleh penilai luaran bebas daripada institusi terkemuka luar negara.

 

     

    Fakulti juga mengiktiraf dan menghargai kecemerlangan pelajar       dalam bidang akademik dan kurikulum. Senarai kriteria dan             anugerah adalah seperti di bawah:

      Kriteria Anugerah Cemerlang

 

 

 

MAKLUMAT PENGAJIAN PRASISWAZAH

MAKLUMAT PENGAJIAN SISWAZAH

Program yang ditawarkan:


 a) Bacelor Pengurusan Alam Sekitar
 b) Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar

 

Syarat kemasukan:

a) Calon Dalam Negara          

     :: Bacelor Pengurusan Alam Sekitar
     :: Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar  

     
b) Calon Luar Negara
     :: Syarat Kemasukan
     :: Syarat Khas Program
          

[Muatturun Brosur]

Yuran Pengajian Bacelor di Universiti Putra Malaysia
- Pelajar Dalam Negara

Yuran Pengajian Bacelor di Universiti Putra Malaysia
- Pelajar Antarabangsa

Maklumat lanjut sila klik BAHAGIAN KEMASUKAN & BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK

atau hubungi :

BAHAGIAN KEMASUKAN & BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK

TINGKAT 1
BANGUNAN CANSELORI PUTRA 
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA

+60389466060

Doktor Falsafah (Ph.D)

Master Sains (Penyelidikan)

Master Alam Sekitar (Kerja Kursus)


Maklumat lanjut :

Pautan Pantas

 



atau hubungi :

ADMISSION UNIT
School of Graduate Studies
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-89464218 / 4223 / 4228
rahwati@upm.edu.my
https://www.facebook.com/sgsupm

 

Melangkah keluar dari menara gading sebagai graduan cemerlang UPM dan fakulti tidak bermakna jalinan perhubungan anda bersama komuniti di sini terhenti begitu sahaja. Bekas graduan UPM amnya dan Fakulti Pengajian Alam Sekitar khususnya, dialu-alukan untuk menyertai Persatuan Alumni UPM, yang mana ditubuhkan khas untuk mengukuhkan ikatan silaturrahim serta jaringan bermanfaat daripada variasi bidang kepakaran dan juga berdaftar menjadi ahli alumni Fakulti.

Ramai di antara ahli Alumni UPM telah diangkat sebagai duta di atas sumbangan besar mereka di dalam bidang masing-masing, sehingga meninggalkan impak yang besar kepada masyarakat dan negara - sekaligus mengharumkan nama universiti di persada antarabangsa. Selari dengan kejayaan itu, pihak Fakulti juga turut ingin meraikan kejayaan alumni Fakulti terutamanya dalam bidang-bidang berkaitan alam sekitar.

Berbekalkan hasrat untuk mengeratkan ukhwah sesama bekas komuniti universiti yang disegani, para alumni diharap dapat berkongsi idea-idea hebat serta menyuarakan pandangan kritis demi pembangunan universiti dan fakulti yang dinamik dalam merealisasikan segala visi dan misinya.

 

 
 



B1566318639