Bidang Pengajian | FAKULTI PENGAJIAN ALAM SEKITAR
» AKADEMIK » Pascasiswazah » Bidang Pengajian

Bidang Pengajian

1. Pemuliharaan dan Kualiti Alam Sekitar 2. Teknologi Kawalan Pencemaran Alam Sekitar

 

  • Kualiti Air
  • Kualiti Udara
  • Pemuliharaan Tanah
  • Kimia Alam Sekitar
  • Kesihatan dan Keselamatan Alam
  • Sekitar Penilaian Pendedahan Kimia
  • Biodiversiti
  • Pemulihan Alam Sekitar
  • Biologi Pencemaran
  • Model Hubungan Tanah-Air-Tanaman



Bidang pengajian ini meliputi pelbagai kepentingan penyelidikan dari aspek kualiti dan pemuliharaan alam sekitar. Pelajar diberi peluang menjalankan penyelidikan untuk membangunkan atau menjelaskan konsep tertentu dalam kualiti dan pemuliharaan alam sekitar yang relevan kepada aspirasi negara.

  • Teknologi Rawatan Sisa Pepejal Rawatan Sisa Toksik dan  Berbahaya
  • Kawalan Pencemaran Air
  • Kawalan Pencemaran Udara
  • Pencemaran dan Pemulihan Tanah Pemulihan Tapak Pelupusan
  • Kawalan Pencemaran Bunyi



Bidang pengajian ini meliputi pelbagai kepentingan penyelidikan dari aspek masalah pencemaran alam sekitar dan kaedah pengawalan yang bersesuaian. Ini termasuklah isu pencemaran air, udara dan bunyi, pengurusan sisa pepejal bandaran dan sisa berbahaya.



 3. Pemodelan dan Sistem Alam Sekitar  4. Ekonomi, Perancangan dan Pengurusan Alam Sekitar


  • Ekologi Perindustrian
  • Pengangkutan Tanah dan Endapan Penilaian Tanah Runtuh
  • Geomorfologi Alam Sekitar Klimatologi dan Meteorologi Ekofisiologi
  • Geologi Alam Sekitar Sistem Tenaga
  • Penilaian Kitaran Hayat Pemodelan Kualiti Air
  • Pemodelan Pencemaran Udara Pemodelan Hakisan Tanah
  • Statistik Alam Sekitar Envirometrik
  • Penderiaan Jarak Jauh dan Sistem
  • Maklumat Geografi Alam Sekitar Forensik Alam Sekitar
  • Penilaian Risiko dan Bencana Alam Sekitar
  • Pemodelan Meteorologi  
  • Aplikasi Kepintaran Buatan untuk  Alam Sekitar
  • Pemodelan Alam Sekitar

 

Bidang pengajian ini meliputi pelbagai kepentingan penyelidikan dari aspek sistem dan proses alam sekitar serta interaksinya pada masa dahulu dan kini serta di masa hadapan. Bidang penyelidikan ini bertujuan memberi kefahaman yang lebih baik mengenai sistem alam sekitar seterusnya menambahbaik pengurusan interaksi antara manusia dengan sistem alam sekitar.

Bidang pengajian ini juga meliputi analisis alam sekitar dengan memberi tumpuan dalam pemodelan kesan amalan pengurusan dan perubahan alam sekitar. Kajian juga melibatkan penilaian kepada pelbagai model.

 

 

 


  • Perancangan Alam Sekitar Pengurusan Alam Sekitar
  • Penilaian Kesan Alam Sekitar
  • Perancangan Bandar dan Wilayah Pengurusan Kawasan Pantai
  • Perancangan Pengangkutan dan Pengurusan
  • Pengurusan Sisa Pepejal
  • Kemampanan Alam Sekitar Ekopelancongan
  • Pengurusan Bandar
  • Sistem Pengurusan Kualiti Alam Sekitar 
  • Pengurusan Strategik Alam Sekitar Penilaian Impak Sosial
  • Pengurusan Pencemaran Bunyi Gender danPengurusan Sumber
  • Perakaunan Sumber Asli
  • Perdagangan dan Alam Sekitar
  • Undang-undang Alam Sekitar

 

Bidang pengajian ini meliputi kepentingan penyelidikan dalam merancang dan mengurus alam sekitar untuk penyediaan pembangunan mampan. Ianya merangkumi aspek penyediaan pelan fizikal dan strategi berkaitan alam sekitar sebelum, semasa dan selepas pembangunan dijalankan. Penyelidikan juga boleh dijalankan dalam aspek penilaian ke atas pelan pembangunan, penyediaan model pembangunan mampan dalam bidang tertentu seperti perancangan bandar, pembentukan sistem pengangkutan dan jalanraya, pelan pengurusan alam sekitar dan penilaian indikator pembangunan mampan. Bidang pengajian ini juga meliputi teori atau kajian empirikal kesan ekonomi dasar alam sekitar negara atau tempatan di seluruh dunia. Isu-isu tertentu termasuk kos dan faedah alternatif dasar alam sekitar untuk menangani pencemaran udara, kualiti air, bahan-bahan toksik, sisa pepejal, dan pemanasan global.

 5. Hidrologi dan Hidrogeologi Alam  6. Ekosistem Marin dan Air Tawar
 
  • Hidrologi Kawasan Tadahan Pengurusan Air Bawah Tanah
  • Pengurusan Sumber Air
  • Pengurusan Kawasan Tadahan Bandaran  
  • Hidrologi Pulau
  • Hidrogeokimia
  • Pemodelan Kawasan Tadahan
  • Pemodelan Hidrologi dan Sumber Air
  • Pemodelan Air Bawah Tanah Pencemaran Air Bawah Tanah
  • Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi

 

Bidang pengajian ini meliputi pelbagai kepentingan penyelidikan dalam aspek sains air di peringkat lembangan dan akuifer bawah tanah. Fokus penyelidikan diberi penekanan kepada kepentingan air sebagai sumber berkekalan.


  • Ekosistem Air Tawar
  • Kajian Muara
  • Sains Pantai dan Marin

 

Bidang pengajianan ini meliputi ekosistem daratan dan marin berhubung dengan aliran tenaga, kitaran biogeokimia, dinamik ekosistem akuatik dan kesan pencemaran oleh manusia.

 

 

 

 

 

 

 7. Dasar dan Tadbir Urus Alam Sekitar  8. Pendidikan dan Etika Alam Sekitar

 

  • Dasar Sumber dan Alam Sekitar
  • Tadbir Urus dan Rejim Pentadbiran
  • Perjanjian Alam Sekitar Pelbagai Hala
  • Undang-undang Alam Sekitar


Bidang   pengajian   ini   meliputi   penyelidikan mengenai   pelbagai   topik   dan   isu   semasa berkaitan  dasar  alam  sekitar  sama  ada  di peringkat tempatan mahupun  antarabangsa. Fokus turut diberikan kepada aspek tadbir urus alam sekitar yang merangkumi beberapa prinsip penting  seperti  kebebasan,  keterbukaan  dan ketelusan, akauntabiliti, integriti, kejelasan tujuan serta keberkesanan. Penyelidikan dalam bidang  ini  turut  meliputi  aspek  perundangan tempatan dan antarabangsa termasuk pelaksanaan serta penguatkuasaan rejim perundangan berkaitan untuk mencapaipengurusan dan tadbir urus alam sekitar yang mapan.

 

 
  • Falsafah Alam Sekitar
  • Penyertaan
  • Undang-undang Alam Sekitar
  • Kesedaran Alam Sekitar
  • Pendidikan Tidak Formal Alam Sekitar
  • Pembangunan Masyarakat


Bidang pengajian ini meliputi falsafah yang digunakan dalam mengkaji asas konsep nilai-nilai alam sekitar serta isu yang lebih konkrit sekitar sikap masyarakat, tindakan dan dasar untuk melindungi dan mengekalkan alam semulajadi.

Bidang pengajian ini juga meliputi prinsip asas dan matlamat pendidikan alam sekitar. Di samping itu, bidang ini juga merangkumi aspek pendidikan di peringkat sekolah dan kolej khususnya berkait dengan teknik pengajaran dan pembelajaran, peranan pentadbiran pendidikan dan aktiviti berkaitan dengan pendidikan alam sekitar.

 

Muat turun di sini untuk mencetak.

Kemaskini:: 22/08/2017 [zakh]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696733
03-89438109
SXETVAt~