MENGAPA PERLU MEMILIH FAKULTI PENGAJIAN ALAM SEKITAR
Pengalaman
Persekitaran dan Pembelajaran
Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia telah ditubuhkan pada 1 September 2004. Fakulti ini berasal dari Jabatan Sains Alam Sekitar yang ditubuhkan pada Ogos 1976 di bawah Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar. Pada tahun yang sama program Ijazah Sarjana Muda Alam Sekitar diperkenalkan. Ijazah ini diiktiraf sebagai ijazah profesional oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan merupakan program alam sekitar yang pertama yang ditawarkan di Asia Tenggara.
Fakulti ini dilengkapi dengan sumber-sumber yang mencukupi dan pelbagai kemudahan bagi tujuan pembelajaran dan penyelidikan. Semua pengajaran dan penyelidikan makmal dilengkapi dengan peralatan khas seperti HPLC dan GCMS. Terdapat juga makmal komputer dengan perisian teknologi dan analisa data terkini, dan pusat sumber yang menyediakan penerbitan dan rujukan untuk pelajar. Selain itu, Unit Forensik Alam Sekitar telah ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti penyelidikan berimpak tinggi berkaitan pencemaran alam sekitar dan forensik dan sebagai pusat latihan dan pemindahan teknologi untuk forensik alam sekitar.
Pakar Terlatih
Kerjasama Antarabangsa
Kumpulan akademik mempunyai kepakaran yang kukuh dalam pelbagai bidang seperti kualiti alam sekitar dan pemuliharaan, pencemaran dan teknologi kawalan, analisis alam sekitar dan pemodelan, hidrologi dan hidrogeologi, marin dan ekosistem air tawar, perancangan alam sekitar dan pengurusan, dasar alam sekitar dan tadbir urus, etika alam sekitar dan ekonomi alam sekitar.
Fakulti ini telah menjalinkan kerjasama dalam pertukaran akademik dan penyelidikan bersama dengan universiti dan organisasi luar negara yang terkenal seperti National Yunlin University of Science and Technology (NYUST), Mitsubishi Corporation, The Academy of Sciences for the Developing World (TWAS), Gwangju Institute of Science and Technology, Kyoto University dan Japan Society for the Promotion of Science (JSPS).
Jaminan Kualiti Program
Anugerah Pelajar Cemerlang
Program akademik fakulti mendapat pengiktirafan ISO 9001:2008 dan telah diberikan status swaakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia. Program-program ini dinilai setiap tahun oleh penilai luaran bebas daripada institusi terkemuka luar negara.
Fakulti juga mengiktiraf dan menghargai kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik dan kurikulum. Senarai kriteria dan anugerah adalah seperti di bawah:
Melangkah keluar dari menara gading sebagai graduan cemerlang UPM dan fakulti tidak bermakna jalinan perhubungan anda bersama komuniti di sini terhenti begitu sahaja. Bekas graduan UPM amnya dan Fakulti Pengajian Alam Sekitar khususnya, dialu-alukan untuk menyertai Persatuan Alumni UPM, yang mana ditubuhkan khas untuk mengukuhkan ikatan silaturrahim serta jaringan bermanfaat daripada variasi bidang kepakaran dan juga berdaftar menjadi ahli alumni Fakulti.
Ramai di antara ahli Alumni UPM telah diangkat sebagai duta di atas sumbangan besar mereka di dalam bidang masing-masing, sehingga meninggalkan impak yang besar kepada masyarakat dan negara - sekaligus mengharumkan nama universiti di persada antarabangsa. Selari dengan kejayaan itu, pihak Fakulti juga turut ingin meraikan kejayaan alumni Fakulti terutamanya dalam bidang-bidang berkaitan alam sekitar.
Berbekalkan hasrat untuk mengeratkan ukhwah sesama bekas komuniti universiti yang disegani, para alumni diharap dapat berkongsi idea-idea hebat serta menyuarakan pandangan kritis demi pembangunan universiti dan fakulti yang dinamik dalam merealisasikan segala visi dan misinya.
Inspiring Alumnus: Akmal Afzar Abd Mutalib @ Basikal Akmal
Traffic congestion is a fact of life for many Malaysians but one young man is not content to sit and wait. Find out how Basikal Akmal is pedalling closer to his dream - with a little help from AirAsia Foundation.