Pelan Strategik | FAKULTI PENGAJIAN ALAM SEKITAR
» MENGENAI KAMI » MAKLUMAT KORPORAT » Pelan Strategik

Pelan Strategik

    
Pelan Strategik Fakulti dilancarkan pada 9 Disember 2004 sempena Majlis Perasmian Fakulti Pengajian Alam Sekitar. Ianya telah disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

    Misi Kami


Misi fakulti ini ialah untuk menjadi pusat pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional yang unggul yang menyumbang kepada kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari untuk kemajuan ekonomi, sosial, budaya serta peningkatan kualiti hidup.

    Matlamat Kami

  • Untuk melahirkan graduan yang berkualiti, mempunyai daya  kompetitif yang tinggi dan berdaya saing melalui pembelajaran sepanjang hayat.
  • Untuk menjadikan  UPM sebagai universiti penyelidikan yang terkenal.

  • Untuk memantapkan UPM sebagai pusat kecemerlangan ilmu dalam  bidang pertanian dan sumber biologi di peringkat antarabangsa.

  • Untuk meningkatkan kualiti sistem pengurusan supaya lebih  efisien, efektif, telus, dan mesra pelanggan.

  • Untuk membina dan  membangunkan pusat pembangunan insaniah yang cemerlang dan professional.

  • Untuk  mempromosikan budaya teknologi maklumat dan komunikasi melalui  e-Universiti.

  • Untuk membangun  dan mengurus sumber kewangan universiti secara efektif.

  • Untuk mejadikan  fakulti sebagai pusat perkhidmatan pembangunan profesional dan pendidikan  berterusan.

Kemaskini:: 18/05/2017 [zakh]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696733
03-89438109
SXDcSAv~