KOMUNITI | FAKULTI PENGAJIAN ALAM SEKITAR
» JARINGAN » KOMUNITI

KOMUNITI

Dalam usaha mendukung matlamat UPM untuk menjadi Universiti tersohor yang sentiasa memberikan sumbangan ke arah pembangunan lestari, pembangunan rakyat, kekayaan Negara serta keterlibatan di peringkat antarabangsa; Universiti telah mengenal pasti tujuh komuniti tumpuan untuk dijalankan aktiviti. Penumpuan ini bagi memastikan aktiviti yang dilakukan dapat memberi impak yang boleh diukur daripada hasil  kerjasama tersebut. Komuniti tersebut ialah:-

  1. Komuniti Setempat (Serdang, Puchong and Bintulu, Sarawak)
  2. Komuniti Pertanian
  3. Belia
  4. Warga Emas
  5. Pesakit Kanser
  6. Orang Asli
  7. Pendidikan Kanak-kanak

 

Bagi memberi khidmat kepada pihak Komuniti , Universiti juga memainkan peranan sebagai perantara kepada pihak Industri yang ingin menjalankan program Tanggungjawab Sosial Korporat ‘ Corporate Social Responsibility  (CSR)’. Universiti akan mengenal pasti Industri yang ingin menjalankan program CSR dan menghubungkannya dengan komuniti sasaran.

 

Senarai 15 Program Khidmat Komuniti UPM

  1. Bandar Hijau Serdang
  2. Jaringan Antarabangsa
  3. Kesejahteraan Komuniti
  4. Pembangunan Modal Insan
  5. Penghayatan Alam dan Budaya
  6. Program Inkubasi
  7. Program Inovasi dan Rekacipta
  8. Program Kanser
  9. Program pembangunan Halal
  10. Program Pembangunan Orang Asli
  11. Program Pembanguan Usahawan
  12. Khidmat Pengembangan dan Komuniti
  13. Program Warga Emas
  14. Promosi Universiti dan Kepakaran
  15. Sekolah Angkat

 

Antara aktiviti komuniti Fakulti Pengajian Alam Sekitar seperti berikut:

1. Projek Komuniti (E-WASTE COLLECTION) - Dr. Mohd Yusoff bin Ishak 

 

Perlaksanaan Geran Pemindahan Ilmu memperluaskan peranan Universiti dalam penyebaran ilmu dan maklumat bagi membantu pembangunan industri dan meningkatkan taraf hidup masyarakat.

Geran aktif KTP

  1. (Untuk Waste Bank) Memperkasakan Pengetahuan dan Ekonomi Masyarakat Kundasang, Sabah Melalui Penubuhan Bank Sampah - Prof. Madya Dr. Latifah Abdul Manaf (dana RM66,000.00)

Kemaskini:: 06/06/2017 [masridien]

PERKONGSIAN MEDIA

SXETBAv~