Jabatan Sains Alam Sekitar menawarkan program ijazah Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar yang mengambil masa empat tahun. Ijazah ini adalah pada peringkat kepujian (honours) dan dianggap sebagai ijazah profesional oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Sistem semester digunakan dan satu tahun terdiri daripada dua semester, yang bermula pada bulan Jun (Semester 1) dan bulan December (Semester 2). Setiap semester adalah sepanjang 18 minggu termasuk satu minggu cuti semester dan tiga minggu masa Peperiksaan Akhir. Penuntut perlu menunaikan pengajian kerja kursus sebanyak 100 kredit, termasuk latihan praktikum profesional (3 kredit) dan projek kajian (6 kredit) sendirian. Satu kredit adalah merupakan kuliah satu-jam atau kelas amali tiga jam seminggu. Untuk bergraduat dalam masa tiga tahun, beban kursus setiap semester adalah 15-18 kredit. Ini bermakna penuntut mengambil lima hingga tujuh kursus dalam satu semester. Universiti mengamalkan sistem penilaian berterusan. Kira-kira 60% daripada jumlah gred keseluruhan dinilaikan melalui ujian atau tugasan yang diberikan dalam semester. Peratusan yang seterusnya adalah dinilaikan melalui Peperiksaan Akhir pada hujung semester. Program ijazah ini dinilaikan setiap tahun oleh Pemeriksa Luar daripada universiti lain. Sebagai contoh pada tahun-tahun yang lepas Pemeriksa Luar telah datang daripada Imperial College, London, UK; University of Virginia, Charlottesville, USA; dan University of East Anglia, Norwich, UK. |
||||||||
STRUKTUR KURIKULUM
|
RINGKASAN HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
Program | Pengetahuan | Kemahiran Teknikal/ Praktikal/ Psikomotor | Pendekatan Kemahiran Berfikir dan Saintifik | Kemahiran Berkomunikasi |
KemahiranSosial dan Bertanggungjawab |
Professionalisme, Nilai, Sikap dan Etika | Pendidikan Sepanjang Hayat dan Pengurusan Informasi | Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan | Kemahiran Kepimpinan |
P1 | P2 | P3 | P4 | P5 | P6 | P7 | P8 | P9 | |
Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar | 38 | 12 | 28 | 8 | 7 | 9 | 11 | 2 | 2 |
*Nombor mewakili bilangan kursus wajib dan elektif
KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN |
|
SYARAT KHAS PROGRAM |
i. Calon lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
ii. Calon lepasan matrikulasi
iii. Kemasukan lepasan kelayakan setaraf
|
YURAN PENGAJIAN & BANTUAN KEWANGAN |
Yuran Pengajian Bacelor di Universiti Putra Malaysia |
MAKLUMAT KERJAYA |
Setelah tamat pengajian, graduan Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar berpotensi membina kerjaya mereka dalam pelbagai bidang seperti berikut:
|
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Prof. Madya Tengku Hanidza Tengku Ismail
Ketua
Jabatan Sains Alam Sekitar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Malaysia
+60-3-89466770
thanidza@upm.edu.my
Kemaskini:: 08/06/2017 [sitiarina]
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan