Program Bacelor Pengurusan Alam Sekitar
Program Bacelor Pengurusan Alam Sekitar (BPAS) ini dibentuk
dengan matlamat untuk melahirkan graduan berkemahiran dan terlatih dalam bidang
pengurusan alam sekitar; berkemampuan mengurus penggunaan teknologi dalam pentadbiran
dan pengurusan pembangunan mapan; di samping mempunyai etika, sikap prihatin,
proaktif, berketrampilan, berdaya saing dan berbudaya cemerlang.
KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN
- Pengurusan Sumber Asli
- Perancangan & Pengurusan
- Sains Fizikal & Biologi
- Kaedah Kuantitatif
- Ekonomi Alam Sekitar
- Amali Sains & Geografi
- Undang-undang
- Sistem Maklumat
- Studio Alam Sekitar
- Pengurusan Sisa Pepejal
- Kualiti Air & Udara
- Polisi & Pentadbiran
- Ekonomi & Pengurusan
- Penilaian Kesan
- Operasi Projek
- Etika Alam Sekitar
- Pengurusan Pantai
- Sistem Pengurusan Kualiti
- Perubahan Alam Sekitar
- Perancangan Pengangkutan
- Kerja Lapangan
- Latihan Industri
SYARAT KHAS PROGRAM
i. Calon lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
- Sekurang-kurangnya mendapat Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) daripada mata pelajaran berikut pada peringkat STPM:
Biologi, Ekonomi, Fizik, Geografi, Kimia, Matematik / Matematik Tambahan, Pengajian Perniagaan, Pengkomputeran, Perakaunan, Sejarah
- Sekurang-kurangnya kepujian dalam dua (2) mata pelajaran berikut pada peringkat SPM/ Setaraf:
Matematik/Matematik Tambahan, Satu matapelajaran sains
ii. Calon lepasan matrikulasi Sains Hayat/ Sains Fizikal/ Perakaunan
- Sekurang-kurangnya mendapat Gred C (2.00) dalam dua (2) daripada mata pelajaran berikut pada peringkat Matrikulasi:
Biologi, Ekonomi, Kimia, Matematik/ Matematik Tambahan, Pengurusan Perniagaan, Perakaunan
dan
- Sekurang-kurangnya kepujian dalam dua (2) mata pelajaran berikut pada peringkat SPM/ Setaraf:
Matematik/ Matematik Tambahan, Satu matapelajaran sains
iii. Kemasukan lepasan kelayakan setaraf
- Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti dalam bidang yang sesuai;
dan
- Sekurang-kurangnya kepujian dalam dua (2) mata pelajaran berikut pada peringkat SPM/ Setaraf:
Matematik/ Matematik Tambahan, Satu matapelajaran sains
Untuk Maklumat lanjut, sila hubungi:
Prof. Madya Dr Zelina Zaiton Ibrahim
Ketua
Jabatan Pengurusan Alam Sekitar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Malaysia
+60-3-89466771
zelina@env.upm.edu.my
|