PenyelidikanPeruntukan PenyelidikanPeruntukan penyelidikan boleh dikelaskan kepada 2 sumber utama:
Peruntukan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam SekitarKementerian memberi bantuan penyelidikan kepada institusi pendidikan dan penyelidikan melalui Intensification of Research in Priority Areas (IRPA). Peruntukan ini adalah dirancang dan diperuntukan setiap tempoh masa lima tahun, iaitu bagi setiap Rancangan Malaysia. Peruntukan yang pertama telah diperolehi pada 1988-1990 di bawah Rancangan Malaysia Ke-5. Rancangan Malaysia Ke-6 pula disalurkan pada 1991 to 1995 dan Rancangan Malaysia Ke-7 pada 1996 to 2000. Kini, Rancangan Malaysia Ke-8 telah diperuntukan untuk jangka masa 2001-2006. Di bawah sistem IRPA, peruntukan disalurkan adalah disasarkan kepada projek-project berjangka-masa dua atau tiga tahun. Peruntukan Penyelidikan KontrakPensyarah-pensyarah fakulti juga memperolehi peruntukan secara kontrak atau peruntukan perundingan daripada agensi kerajaan, semi-kerajaan mahupun badan korporat. Peruntukan daripada agensi antarabangsa juga diperolehi.
Penyelidikan Terkini
|