Program Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar

Jabatan Sains Alam Sekitar menawarkan program ijazah Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar yang mengambil masa empat tahun. Ijazah ini adalah pada peringkat kepujian (honours) dan dianggap sebagai ijazah profesional oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.


Sistem semester digunakan dan satu tahun terdiri daripada dua semester, yang bermula pada bulan Jun (Semester 1) dan bulan December (Semester 2). Setiap semester adalah sepanjang 18 minggu termasuk satu minggu cuti semester dan tiga minggu masa Peperiksaan Akhir. Penuntut perlu menunaikan pengajian kerja kursus sebanyak 100 kredit, termasuk latihan praktikum profesional (3 kredit) dan projek kajian (6 kredit) sendirian. Satu kredit adalah merupakan kuliah satu-jam atau kelas amali tiga jam seminggu. Untuk bergraduat dalam masa tiga tahun, beban kursus setiap semester adalah 15-18 kredit. Ini bermakna penuntut mengambil lima hingga tujuh kursus dalam satu semester.


Universiti mengamalkan sistem penilaian berterusan. Kira-kira 60% daripada jumlah gred keseluruhan dinilaikan melalui ujian atau tugasan yang diberikan dalam semester. Peratusan yang seterusnya adalah dinilaikan melalui Peperiksaan Akhir pada hujung semester.


Program ijazah ini dinilaikan setiap tahun oleh Pemeriksa Luar daripada universiti lain. Sebagai contoh pada tahun-tahun yang lepas Pemeriksa Luar telah datang daripada Imperial College, London, UK; University of Virginia, Charlottesville, USA; dan University of East Anglia, Norwich, UK.

 

KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN

  • Kesihatan Alam Sekitar
  • Teknik Dan kaedah Pengukuran Alam Sekitar 1
  • Prinsip Biologi Alam Sekitar
  • Hidrologi Dan Sumber Air
  • Meteorologi
  • Teknologi Kawalan Pencemaran Air
  • Sisa Toksik Dan Berbahaya
  • Proses Pinggir Laut
  • Latihan Profesional
  • Projek
  • Hidrogeologi
  • Manusia Dan Alam Sekitar
  • Prinsip Kimia Dalam Alam Sekitar
  • Prinsip Fizik Alam Sekitar
  • Prinsip Kualiti Perawatan Air Minuman
  • Pencemaran Udara Dan Kebisingan
  • Metodologi Alam Sekitar
  • Kimia Alam Sekitar
  • Teknologi Pengolahan Sisa Pepejal
  • Biologi Pencemaran
  • Research Design And Method For Environmental Sciences
  • Recent Advances In Environmental Sciences
  • Sistem Tenaga
  • Seminar Alam Sekitar

SYARAT KHAS PROGRAM

i. Calon lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

  • Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred C+ (NGMP 2.33) salah satu mata pelajaran Matematik T atau Matematik Lanjutan T atau Sains pada peringkat STPM.

ii.  Calon lepasan matrikulasi

  • Matrikulasi Sains Hayat/ Sains Fizikal, Sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.30dan
  • Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred C+ salah satu mata pelajaran Matematik atau Sains.

iii. Kemasukan lepasan kelayakan setaraf

  • Diploma  dari UPM atau lain- lain diploma dari  Institusi lain yang sama atau setara dan diiktiraf.
  • Kelulusan yang diiktiraf layak dan memuaskan Jawatankuasa Pemilih.

Untuk Maklumat lanjut, sila hubungi:


Dr. Puziah Abdul Latif
Ketua
Jabatan Sains Alam Sekitar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Malaysia
+60-3-89466770
puziah@env.upm.edu.my