Program Bacelor Pengurusan Alam Sekitar

Program Bacelor Pengurusan Alam Sekitar (BPAS) ini dibentuk dengan matlamat untuk melahirkan graduan berkemahiran dan terlatih dalam bidang pengurusan alam sekitar; berkemampuan mengurus penggunaan teknologi dalam pentadbiran dan pengurusan pembangunan mapan; di samping mempunyai etika, sikap prihatin, proaktif, berketrampilan, berdaya saing dan berbudaya cemerlang.

 

KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN

  • Pengurusan Sumber Asli
  • Perancangan & Pengurusan
  • Sains Fizikal & Biologi
  • Kaedah Kuantitatif
  • Ekonomi Alam Sekitar
  • Amali Sains & Geografi
  • Undang-undang
  • Sistem Maklumat
  • Studio Alam Sekitar
  • Pengurusan Sisa Pepejal
  • Kualiti Air & Udara
  • Polisi & Pentadbiran
  • Ekonomi & Pengurusan
  • Penilaian Kesan
  • Operasi Projek
  • Etika Alam Sekitar
  • Pengurusan Pantai
  • Sistem Pengurusan Kualiti
  • Perubahan Alam Sekitar
  • Perancangan Pengangkutan
  • Kerja Lapangan
  • Latihan Industri

SYARAT KHAS PROGRAM

i. Calon lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

  • Sekurang-kurangnya mendapat Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) daripada mata pelajaran berikut pada peringkat STPM:

    Biologi, Ekonomi, Fizik, Geografi, Kimia, Matematik / Matematik Tambahan, Pengajian Perniagaan, Pengkomputeran, Perakaunan, Sejarah

  • Sekurang-kurangnya kepujian dalam dua (2) mata pelajaran berikut pada peringkat SPM/ Setaraf:
  • Matematik/Matematik Tambahan, Satu matapelajaran sains

ii.  Calon lepasan matrikulasi Sains Hayat/ Sains Fizikal/ Perakaunan

  • Sekurang-kurangnya mendapat Gred C (2.00) dalam dua (2) daripada mata pelajaran berikut pada peringkat Matrikulasi:

Biologi, Ekonomi, Kimia, Matematik/ Matematik Tambahan, Pengurusan Perniagaan, Perakaunan
dan

  • Sekurang-kurangnya kepujian dalam dua (2) mata pelajaran berikut pada peringkat SPM/ Setaraf:

Matematik/ Matematik Tambahan, Satu matapelajaran sains

iii. Kemasukan lepasan kelayakan setaraf

  1. Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf  dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti dalam bidang yang sesuai;
    dan
  2. Sekurang-kurangnya kepujian dalam dua (2) mata pelajaran berikut pada  peringkat SPM/ Setaraf:

Matematik/ Matematik Tambahan, Satu matapelajaran sains

Untuk Maklumat lanjut, sila hubungi:


Prof. Madya Dr Latifah Abd Manaf
Ketua
Jabatan Pengurusan Alam Sekitar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Malaysia
+60-3-89466771
latifah@env.upm.edu.my