Program Sarjana Muda

 

Program Bacelor Sains Alam Sekitar

Jabatan menawarkan program ijazah Bacelor Sains (Alam Sekitar) yang mengambil masa tiga tahun. Ijazah ini adalah pada peringkat kepujian (honours) dan dianggap sebagai ijazah profesional oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.


Sistem semester digunakan dan satu tahun terdiri daripada dua semester, yang bermula pada bulan Jun (Semester 1) dan bulan December (Semester 2). Setiap semester adalah sepanjang 18 minggu termasuk satu mminggu cuti semester dan tiga minggu masa Peperiksaan Akhir. Penuntut perlu menunaikan pengajian kerjakursus sebanyak 100 kredit, termasuk latihan praktikum profesional (3 kredit) dan projek kajian (6 kredit) sendirian. Satu kredit adalah merupakan kuliah satu-jam atau kelas amali tiga jam seminggu. Untuk bergraduat dalam masa tiga tahun, beban kursus setiap semester adalah 15-18 kredit. Ini bermakna penuntut mengambil lima hingga tujuh kursus dalam satu semester.


Universiti mengamalkan sistem penilaian berterusan. Kira-kira 60% daripada jumlah gred kesluruhan dinilaikan melalui ujian atau tugasan yang diberikan dalam semester. Peratusan yang seterusnya adalah dinilaikan melalui Peperiksaan Akhir pada hujung semester.


Program ijazah ini dinilaikan setiap tahun oleh Pemeriksa Luar daripada universiti lain. Sebagai contoh pada tahun-tahun yang lepas Pemeriksa Luar telah datang daripada Imperial College, London, UK; University of Virginia, Charlottesville, USA; dan University of East Anglia, Norwich, UK.

 

Untuk Maklumat lanjut, sila hubungi:


Prof. Madya Dr Mohd Kamil Yusoff
Ketua
Jabatan Sains Alam Sekitar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Malaysia
+60-3-89466770/6741
mkamil@env.upm.edu.my

.