Pelan Strategik

Pelan Strategik Fakulti dilancarkan pada 9 Disember 2004 sempena Majlis Perasmian Fakulti Pengajian Alam Sekitar. Ianya telah disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Misi Kami

Misi fakulti ini ialah untuk menjadi pusat pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional yang unggul yang menyumbang kepada kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari untuk kemajuan ekonomi, sosial, budaya serta peningkatan kualiti hidup.

Matlamat

  • Untuk melahirkan graduan yang berkualiti, mempunyai daya kompetitif yang tinggi dan berdaya saing melalui pembelajaran sepanjang hayat.

  • Untuk menjadikan UPM sebagai universiti penyelidikan yang terkenal.

  • Untuk memantapkan UPM sebagai pusat kecemerlangan ilmu dalam bidang pertanian dan sumber biologi di peringkat antarabangsa.

  • Untuk meningkatkan kualiti sistem pengurusan supaya lebih efisien, efektif, telus, dan mesra pelanggan.

  • Untuk membina dan membangunkan pusat pembangunan insaniah yang cemerlang dan professional.

  • Untuk mempromosikan budaya teknologi maklumat dan komunikasi melalui e-Universiti.

  • Untuk membangun dan mengurus sumber kewangan universiti secara efektif.

  • Untuk mejadikan fakulti sebagai pusat perkhidmatan pembangunan profesional dan pendidikan berterusan.

Strategic Plan

 

9 December 2004 9 December 2004