Sinopsis Kursus

Jabatan Sains Alam Sekitar

ESC 3001

TEKNIK PENGURUSAN ALAM SEKITAR

3(2+1)

Kursus ini merangkumi prinsip asas dan kaedah yang digunakan di dalam teknik pengukuran parameter fizikal dan sosial di dalam kajian alam sekitar. Teknik pengukuran alam sekitar, persampelan, analisis dan interpretasi data akan dibincang dan dilaksanakan di lapangan. Pelajar dikehendaki menyediakan laporan serta membuat pembentangan hasil kerja lapangan.

ESC 3002

PRINSIP KIMIA DALAM ALAM SEKITAR

4(3+1)

Kursus ini merangkumi konsep kimia dan aplikasinya dalam bidang alam sekitar. Topik yang dibincagkan termasuklah kimia fizik, kimia organic, kimia kinetic, keseimbangan kimia, termokimia, elektrokimia dan tindakbalas kimia. Aplikasi konsep kimia dalam menerangkan interaksi pencemaran dalam alam sekitar, kaedah analisis dan proses rawata ke atas pencemar akan dibincangkan.

ESC 3006

PRINSIP FIZIK KIMIA ALAM SEKITAR

4(3+1)

Kursus ini merangkumi prinsip fizik dan aplikasinya kepada kajian alam sekitar. Topik perbincangan
termasuk kinematik, dinamik, bentuk tenaga, momentum keabadian momentum dan tenaga, prinsip
keselanjaran, hidrostatik dan hidrodinamik asas, hukum gas, keelektrikan dan kemagnetan, sinaran dan
pengangkutan bahan. Asas fizik yang digunakan dalam pembentukan modal alam sekitar dan
pergerakan bahan seperti persamaan Darcy, Novier-Stokes turut dibincangkan. Proses yang
mempengaruhi pergerakan air dan udara atas permukaan bumi seperti daya Coriolis, geostrofik,
pasang-surut, dan ombak juga diperkenalkan.

ESC 3007

PRINSIP BIOLOGI ALAM SEKITAR

4 (3+1)

Kursus ini merangkumi topic-topik prinsip asas ekologi, seperti ekosistem, aliran tenaga, kitaran nutrient dan rantai makanan; asas fisiologi tumbuhan terutama fotosintesis; proses biodegradasi, fermentasi, biodeposisi dan bioturbasi serta system aerobik dan anaerobik. Tajuk-tajuk seperti system enzim MFO, prinsip pemuliharaan semula sumber asli, masalah pencemaran dan eutrofikasi akan dibincangkan. Pelajar juga akan didedahkan kepada kitaran biogeokimia.

ESC 3009

ANALISIS DAN INTRUMENTASI ALAM SEKITAR

3 (2+1)

Kursus ini merangkumi analisis kimia dalam alam sekitar. Tajuk termasuk analisis pencemar organik, pencemar tak organik dan reaktiviti bahan pencemar dengan partikel. Penyediaan bahan kmia piawai dan kolum akan diperincikan. Instrumentasi terkini yang digunapakai dalam kajian alam sekitar akan diterangkan dan diikuti dengan kajian amali serta pembentangan secara berkumpulan.

ESC 3101

PRINSIP KESIHATAN ALAM SEKITAR

3 (2+1)

Kursus ini merangkumi perbincangan pelbagai isu dan masalah persekitaran yang memberi kesan ke atas kesihatan manusia berdasarkan kaedah toksikologi, epidemiologi, mikrobiologi dan kajian kes. Kursus ini meneliti pencemaran di dalam beberapa media alam sekitar, bahan kimia dan racun perosak, pencetusan wabak dan penyakit bawaan air dan makanan, impak perubahan cuaca keatas kesihatan manusia, dan penilaian risiko kesihatan persekitaran.

ESC 3203

HIDROLOGI ALAM SEKITAR

3 (2+1)

Kursus ini merangkumi peranan hidrologi dalam perancangan dan pengurusan alam sekitar. Impak eko-hidrologi ke atas pengurusan alam sekitar akan dibincangkan. Topik perbincangan termasuk masalah banjir, tanah runtuh, hakidan dan pemendapan, pencemaran tidak bertitik dan pencemaran air tanah. Permodelan hidrologi dan pencemaran air juga dibentangkan.

ESC 3204

RAWATAN AIR SISA

3 (2+1)

Kursus ini merangkum proses rawatan air sisa berasaskan kepada keperluan perundangan tempatan, sumber dan ciri air sisa dan peranan operator loji rawatan. Parameter asas kawalan operasi loji dan pengawasan proses ditekankan. Prinsip rawatan enapcemar anaerobik, penggunaan semula efluen dan enapcemar, dan isu kesihatan serta keselamatan juga dibincangkan.

ESC 3205

PRINSIP RAWATAN AIR MINUM

3 (3+0)

Kursus ini akan membincangkan sumber-sumber bekalan air, punca pencemaran air, kaedah rawatan air minum dan kepentingan pengurusan air untuk menyediakan bekalan air minum yang berterusan. Parameter-parameter penting penentuan kualiti air dan kaedah nyahjangkitan air akan dibincang secara terperinci termasuk kesan kualiti air terhadap kesihatan manusia dan kehidupan akuatik. Penggunaan air untuk berbagai fungsi dalam perkembangan ekonomi juga dibincangkan. Teknik penyampelan air terawatt dalam program pemeliharaan kualiti air, kaedah analisis, dan proses pengurusan maklumat kualiti air minum akan dibincang dalam rangka program pengawasan kualiti air peringkat daerah dan negeri. Penggunaan peralatan aksesori dirumah seperti alat turas air, alat nyahjangkitan air dan alat mineralisasi air juga akan dibincangkan.

ESC 3501

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI ALAM SEKITAR

3 (2+1)

Kursus ini merangkumi konsep Sistem Maklumat Geografi (GIS) termasuk takrifan GIS, data geografi, kartografi dan struktur data dalam GIS, input dan output serta aplikasi GIS dalam bidang alam sekitar.

ESC 3507

ENVIROMETRIK

3 (2+1)

PRASYARAT

MTH 3003 atau setara

Kursus ini merangkumi kaedah analisis dan intrepetasi data alam sekitar dalam langkah tebatan sumber pencemaran. Pendekatan yang digunakan mengambilkira penjimatan kos dan masa dalam penyelidikan. Kajian kes akan digunakan untuk mengesahkan model ramalan berdasarkan analisis masa sebenar. Kursus ini juga akan melibatkan penggunaan kaedah analysis multivariat dan permodelan untuk menilai kualiti alam sekitar.

ESC 4101

PENILAIAN RISIKO KESIHATAN ALAM SEKITAR

3 (3+0)

PRASYARAT

ESC 3101 atau setara

Kursus ini merangkumi proses penilaian risiko yang digunakan untuk mengukur potensi kesan dan impak buruk ke atas kesihatan manusia dan populasi disebabkan oleh pencemaran di tempat kerja atau alam sekitar. Beberapa contoh sebenar (melalui kajian kes) untuk menaksir impak kesihatan akan digunakan

ESC 4102

PENILAIAN PENDEDAHAN PENCEMARAN

3 (2+1)

PRASYARAT

ESC 3101 atau setara

Kursus ini merangkumi anatomi dan fisiologi manusia, toksikologi industry, prinsip penilaian persekitaran tempat kerja, kaedah persampelan, pendedahan kebisingan dan kawalan, dan penggunaan garis panduan dan piawaian. Penekanan akan diberikan kepada mengenalpasti, menilai dan mengawal hazad di tempat kerja dan ancaman kepada manusia dan persekitaran.

ESC 4201

PENGURUSAN KUALITI AIR SUNGAI

3 (3+0)

Kursus ini merangkumi sumber pencemaran air, perancangan dan pengurusan kualiti air, penentuan indeks kualiti air dan pengkelasan sungai untuk pengurusan sumber air. Masalah dan penyelesaian kawasan tadahan air setempat dan serantau berkaitan dengan pengurusan kualiti air sungai akan dibincangkan.

ESC 4204

ANALISIS LEMBANGAN

3 (3+0)

PRASYARAT

ESC 3203 atau setara

Kursus ini merangkumi masalah pengurusan alam sekitar dari sudut hidrologi dan geomorfologi yang melibatkan lembangan saliran. Teknik dan kaedah penilaian lembangan saliran menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan pemodelan lembagan untuk menilai tahap kesihatan lembangan saliran yang meliputi diagnosis penyebab, cadangan pilihan dan polisi  untuk memperbaiki sistem lembangan saliran. Kajian kes yang merangkumi aspek hidrologi dan impak pencemran air dari pelbagai guna tanah akan dibentangkan.

ESC 4205

KIMIA MARIN

3 (2+1)

PRASYARAT

ESC 3002 atau setara

Kursus ini merangkumi proses kimia persekitaran marin. Topik perbincangan termasuk asas biogeokimia oksigen, komposisi garam, spesis kimia terlarut, radioisotop, elemen utaman dan surih, logam berat di persisiran pantai dan laut dalam. Kaedah analisis dan pengukuran kimia marin akan dibincangkan.

ESC 4301

PEMENCILAN KARBON DAN PERUBAHAN IKLIM

3 (2+1)

PRASYARAT

ESC 3002, ESC 3007 atau setara

Kursus ini merangkumi sumber, perubahan dan impak gas rumah hijau, prinsip dan Rangka Kerja Bangsa-bangsa Bersatu Konvesyen Ke Atas Perubahan Iklim. Penumpuan adalah terhadapa perubahan suhu, peningkatan paras laut, perubahan jumlah hujan, kesan perubahan iklim ke atas biodiversity dan kelestarian system sokongan hidup. Konsep pemencilan karbon dalam ekosistem dan perdagangan karbon akan dibincangkan. Model akan digunakan untuk mengira bajet karbon.

ESC 4303

TEKNOLOGI PENGAWALAN PENCEMARAN UDARA

3 (3+0)

PRASYARAT

ESC 3006 atau setara

Kursus ini merangkumi pelbagai aspek teknologi kawalan pencemaran udara. Topik termasuk kesan pencemaran udara, pengukuran dan pemantauan, meteorology, peraturan dan kawalan kejuruteraan pencemaran udara. Penekanan akan diberikan kepada pemilihan teknologi bersesuaian.

ESC 4401

TEKNIK PENYIASATAN SUBPERMUKAAN

3 (2+1)

PRASYARAT

ESC 3006 atau setara

Kursus ini merangkumi kaedah penyiasatan dan pengenalpastian struktur, parameter fizikal dan bahan kandungan subpermukaan bumi. Topik ini termasuk kaedah geofizik untuk peninjauan dan carigali. Aplikasi pelbagai kaedah penilaian akuifer dan program computer juga digunakan.

ESC 4404

TEKNOLOGI RAWATAN SISA BERBAHAYA

3 (3+0)

PRASYARAT

ESC 3002 atau setara

Kursus ini merangkumi ciri fizikal, kimia dan ketoksikan sisa berbahaya yang membentuk asas untuk pengkelasan hazad dan penentuan pergerakan, taburan dan juga impak ke atas kesihatan manusia dan alam sekitar. Strategi pengurusan termasuk kaedah pengendalian, penyimpanan dan pengangkutan sisa berbahaya mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dan peraturan antarabangsa akan dibincangkan. Teknologi rawatan dan pelupusan ke atas sisa berbahaya akan ditekankan.

ESC 4406

Geofizik Alam Sekitar

3 (2+1)

PRASYARAT

ESC 3006  atau setara

Kursus ini merangkumi struktur dalaman bumi serta kandungannya. Beberapa kaedah geofizik digunakan untuk tujuan peninjauan, carigali dan penilaian tahap pencemaran. Aktiviti antropogenik dan proses semulajadi yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar akan dibincangkan.

ESC 4502

RESPONS KECEMASAN ALAM SEKITAR

3 (3+0)

PRASYARAT

ESC 3002 atau setara

Kursus ini merangkumi pengurusan air, makanan, sisa cecair, sisa pepejal, sisa perubatan, perumahan, pusat penjagaan dan perlindungan, vektor, bahan berbahaya dan toksik, dan radiasi selepas bencana. Dokumen Keselamatan Data Bahan (MSDS), Dokumen Keselamatan Bahan Kimia (CSDS) dan prosedur arahan insiden akan juga dibincangkan. Senario respons kecemasan di lapangan akan diperkenalkan

ESC 4504

PEMODELAN SISTEM ALAM SEKITAR

3 (2+1)

PRASYARAT

MTH 3100

Kursus ini merangkumi sistem analisis untuk kajian fenomena alam sekitar yang berubah mengikut masa. Kursus ini menekankan pembentukan dan ujian model system untuk penganalisaan dan pengurusan sistem alam sekitar. Topik dalam kursus termasuklah konsep pemodelan, pembentukan model, perlaksanaan model menggunakan perisian pemodelan dan strategi penganalisaan dan penggunaan model system alam sekitar.

ESC 4505

EKOLOGI INDUSTRI

3 (3+0)

PRASYARAT

EMG 3001 atau setara

Kursus ini merangkumi kerangka fizik, biologi, kimia dan kemasyarakatan dalam penggunaan konsep ekologi untuk mengurus sumber di dalam sesebuah kawasan terbangun menggunakan kaedah seperti rekabentuk dan pembangunan, penilaian kitaran hayat, penilaian impak dan interpretasi akan dibincangkan.

ESC 4506

TEKNOLOGI PINTAR UNTUK ALAM SEKITAR

3 (3+0)

Kursus ini merangkumi konsep dan kaedah dalam pembinaan sistem kepintaran buatan. Faedah dan sekatan kepada kepintaran buatan berbanding sistem konvensional dalam menangani masalah alam sekitar turut ditekankan. Topik-topik merangkumi arkitektur kepintaran buatan, kejuruteraan ilmu, proses perolehan ilmu, proses perwakilan ilmu dan pilihan alatan pembinaan. Beberapa prototaip kepintaran buatan yang telah dibangunkan turut dibincangkan.

ESC 4507

FORENSIK ALAM SEKITAR

3 (2+1)

Kursus ini merangkumi taburan, sumber dan laluan angkutan bahan pencemar dalam alam sekitar dan kaedah forensik alam sekitar. Kesan luluhawa terhadap taburan penanda molekul, sebatian penanda molekul unggul, indeks diagnostik, laluan angkutan, biodegradasi dan aplikasi penanda molekul untuk mengenalpasti sumber tumpahan kimia dan larut lesap akan dibincangkan.

ESC 4508

BIODIVERSITI DAN PEMULIHARAAN

3 (3+0)

PRASYARAT

ESC 3007 atau setara

Kursus ini merangkumi konsep penting biodiversiti dan pemuliharaan. Penekanan diberikan kepada aspek etika, perundangan dan ekonomi yang mempengaruhi sikap kita terhadap pengurusan biodiversiti melaui perbincangan terhadap pemacu utama yang menyebabkan kehilangan biodiversiti serta strategi pemuliharaan yang penting bagi menjamin kelestarian biodiversiti. Kaedah melindungi ekosistem, strategi membaikpulih sebagai alat pemuliharaan.

ESC 4509

EKOLOGI SUMBER ASLI

3 (3+0)

PRASYARAT

ESC 3007 atau setara

Kursus ini merangkumi konsep biofizikal dan sosio-ekonomi sumber asli alam sekitar dan juga prinsip ekologi untuk pengekalan, pemeliharaan dan pemuliharaan sumber asli. Ekologi dan sejarah semulajadi pelbagai sumber asli meliputi organism individu hingga lanskap, dari ekosistem semulajadi hingga ekosistem terurus, dari rimba hingga pertanian dan system Bandar, dan dari alam sekitar tempatan hingga antarabangsa. Pemeliharaan semasa, pemuliharaan dan isu pengurusan akan dibincangkan

ESC 4510

BIOFIZIK ALAM SEKITAR

3 (2+1)

PREREQUISITE

ESC 3006 atau setara

Kursus ini merangkumi prinsip asas bagi menganalisis pertukaran tenaga dan jisim antara organisma hidup dan alam sekitarnya. Perbincangan termasuk parameter iklim kiro dan interaksi dengan tumbuhan serta kesan ke atas alam sekitar. Penggunaan model matematik bagi mengira kadar pemindahan tenaga dan jisim, dan impak perubahan mikro ke atas hasil pertanian.

ESC 4511

PENDERIAAN JAUH ALAM SEKITAR

3 (2+1)

Kursus ini merangkumi konsep penderiaan jauh dan aplikasinya dalam alam sekitar. Tajuk yang dibincangkan termasukla prinsip penderiaan jauh, teori radiasi, sistem sensor, pencerapan, pembetulan, penyimpanan dan analisis data, penanda spektral bahan semulajadi dan buatan manusia, dan aplikasi prinsip penderiaan jauh dalam alam sekitar

ESC 4512

KIMIA ALAM SEKITAR LANJUTAN

3 (2+1)

PRASYARAT

ESC 3002 atau setara

Kursus ini merangkumi proses kimia lanjutan dalam alam sekitar termasuk tabiat partikel, tabiat pemisahan bahan pepejal dan koloid, kimia air bersih dan tercemar, kimia tanah dan pencemaran udara. Pengangkutan mendatar dan menegak bahan pencemar organik akan diperincikan. Biopermonitoran bahan kimia organik dan tak organik seperti logam berat, nutrient, racun perosak dan hidrokarbon akan dibincangkan.

ESC 4513

BIOREMEDIASI ALAM SEKITAR

3 (2+1)

Kursus ini merangkumi pelbagai aspek remediasi tanah menggunakan kaedah biologi untuk penguraian sebatian toksik. Proses bioremediasi, tindakbalas biokimia, dan lintasan metabolik akan dibincangkan. Kaedah rawatan in-situ dan rawatan reactor akan ditekankan.

ESC 4514

KEUSAHAWANAN DALAM ALAM SEKITAR

3 (2+1)

Kursus ini merangkumi konsep perniagaan dan isu berkaitan keusahawanan alam sekitar. Tumpuan diberikan kepada penyediaan pelan perniagaan dan cadangan perundingan, perancangan organisasi, pemasaran, pengurusan kewangan dan aset. Pengaruh kepada factor sosio-ekonomik ke atas kejayaan usahawan dan perunding alam sekitar dibincangkan.

ESC 4603

SISTEM TENAGA DAN ALAM SEKITAR

3 (3+0)

PRASYARAT

ESC 3006 atau setara

Kursus ini merangkumi kepelbagaian sumber tenaga, penjanaan tenaga, kesan alam sekitar dan implikasi sosio-ekonomi. Penggunaan teknologi tenaga bersih penjanaan dibincangkan bersama dengan polisi dan strategi kerajaan berhubung dengan tenaga.

ESC 4901

LATIHAN INDUSTRI

12 (0+12)

PREREQUISITE

Telah lulus 7 semester pengajian dalam program Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar

Kursus ini menyediakan latihan kerja melalui program kerjasama latihan-pendidikan di antara fakulti dengan organisasi kerajaan dan bukan kerajaan. Pelajar akan menjalankan latihan sekurang-kurangnya satu semester di bawah penyeliaan seorang penasihat di tempat latihan tersebut. Pelajar diwajibkan membentang secara lisan dan menyediakan laporan bertulis di akhr latihan praktikal. Pelajar akan dilawati sekurang-kurangnya sekali oleh ahli akademik fakulti semasa latihan praktikal dijalankan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Prof. Madya Dr. Puziah Abdul Latif
Ketua
Jabatan Sains Alam Sekitar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Malaysia
+60-3-89466770
puziah@env.upm.edu.my