Sinopsis Kursus

Jabatan Pengurusan Alam Sekitar

EMG 3001

MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

3 (3+0)

Kursus ini merangkumi prinsip dan konsep berkenaan bumi dan sistem cakerawala, proses fizikal, kimia dan biologi yang menyokong sistem kehidupan di bumi, ekologi dan ekosistem. Kesan aktiviti manusia ke atas alam sekitar, pencemaran dan pengurusannya juga dibincangkan.

EMG 3003

SISTEM MAKLUMAT ALAM SEKITAR

3 (2+1)

Kursus ini merangkumi pengenalpastian sumber maklumat alam sekitar, kaedah pengumpulan dan pengurusan pengkalan data, mencari dan membentangkan maklumat. Teknik penderiaan jarak jauh, kajian sosial dan jaringan pengawasan juga diaplikasikan. Pengurusan pangkalan data melalui penggunaan program komputer diperkenalkan.

EMG 3004

SAINS BIOLOGI UNTUK PENGURUSAN ALAM SEKITAR

3 (3 + 0)

Kursus ini merangkumi aplikasi konsep asas biologi dalam pengajian alam sekitar. Kitaran biogeokimia dan pengaliran bahan kimia melalui litosfera, atmosfera, hidrosfera, biosfera serta kesannya ke atas sistem biologi dan manusia juga dibincangkan .

EMG 3005

SAINS FIZIKAL UNTUK
PENGURUSAN ALAM SEKITAR

3 (3 + 0)

Kursus ini merangkumi prinsip fizik dan kimia serta aplikasinya terhadap fenomena alam sekitar. Proses fizikal yang mempengaruhi alam sekitar, kesan aktiviti manusia dan parameter fisiko-kimia yang mencemarkan alam sekitar juga diperkenalkan.

EMG 3006

AMALI SAINS DAN GEOGRAFI UNTUK PENGURUSAN ALAM SEKITAR

 

3 (0 + 3)

PRASYARAT

EMG 3004 dan EMG 3005

Kursus ini merangkumi kaedah pengukuran bahan alam sekitar dalam makmal dan lapangan, keselamatan makmal, alatan pengukuran dan piawaian rujukan bahan.

EMG 3007

KAEDAH KUANTITATIF UNTUK PENGURUSAN ALAM SEKITAR

3 (1+2)

Kursus ini merangkumi kaedah matematik dan statistik bagi menganalisis data untuk pengurusan alam sekitar. Tumpuan diberikan kepada asas aljabar dan persamaan, fungsi eksponen, trigonometri, geometri dan pengenalan kalkulus. Kaedah statistik termasuk kebarangkalian,  statistik tak berparameter, regresi dan korelasi akan dihuraikan. 

EMG 3103

PENGURUSAN KUALITI AIR DAN UDARA

3 (3+0)

Kursus ini merangkumi konsep asas mengenai pencemaran air dan udara. Tumpuan diberikan kepada teknologi dan sistem pengurusan yang digunakan untuk mengawal pencemaran air dan udara.

EMG 3104

PRINSIP PENGURUSAN SISA PEPEJAL

3 (3+0)

Kursus ini merangkumi aspek perancangan,  pengurusan, teknologi, ekonomi dan perundangan untuk enam elemen asas di dalam pengurusan sisa pepejal. Tumpuan juga diberikan terhadap penggubalan sistem kitar-semula sisa, pembangunan  tapak pelupusan serta lain-lain teknologi untuk pengolahan sisa pepejal. Penyediaan laporan teknikal juga akan dibincangkan.

EMG 3202

PENILAIAN KESAN ALAM SEKITAR

2 (2+0)

PRASYARAT

EMG 3001

Kursus ini merangkumi penggunaan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dalam perancangan sesuatu projek pembangunan. Kaedah EIA yang sering digunakan dalam sesuatu penilaian juga dibincangkan.

EMG 3203

PENGENALAN  PERANCANGAN ALAM SEKITAR

3 (3 + 0)

Kursus ini merangkumi prinsip asas dan teori asas perancangan serta pelbagai kaedah perancangan terkini. Aspek perancangan fizikal seperti kajian pelan induk, pelan tempatan, pelan strategik dan penggunaan piawaian perancangan diperkenalkan. Hubungkait antara perancangan, pengurusan, pemeliharaan alam sekitar dan Sistem Maklumat Geografi turut diberi perhatian.

EMG 3204

STUDIO PERANCANGAN ALAM SEKITAR I

3 (0+3)

Kursus ini merangkumi konsep asas mengenai perancangan alam sekitar dan kegunaan kerja studio untuk menghasilkan pelan perancangan projek bersifat praktikal. Kegunaan kaedah penderiaan jauh dan perisian GIS turut dibincangkan. Kemahiran ini digunakan semasa menganalisis isu perancangan serta pembentukan penyelesaiannya.

EMG 3205

GEOGRAFI FIZIKAL

3 (3+0)

Kursus ini merangkumi isu asas dalam geografi fizikal dan menganalisis implikasi penyelidikan terkini. Interaksi global yang melibatkan sistem atmosfera, lautan, ekosistem, dan geologi diberi tumpuan. Pengaruh proses global dan perubahan alam sekitar ke atas keadaan bentuk muka bumi dan bentuk landskap juga dibincangkan.

EMG 3302

EKONOMI DAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR

3 (3+0)

Kursus ini merangkumi pendekatan ekonomi dalam mentafsir masalah alam sekitar dan menilai penyelesaian dasar. Tumpuan diberikan kepada kegagalan pasaran dan kesan luaran, penyelesaian lazim dan ekonomi untuk masalah alam sekitar. Pendekatan analisis risiko, analisis kos-faedah, kajian kes masalah alam sekitar, serta pendekatan untuk mencapai pembangunan mapan diterapkan.

EMG 3303

PENGURUSAN DAN OPERASI PROJEK

3 (3+0)

PRASYARAT

ECN 3100

Kursus ini merangkumi teori, teknik dan proses perancangan dan pengurusan projek di peringkat makro dan mikro, elemen pengurusan dan pengawalan kualiti projek. Analisis projek, teknik penilaian projek dan isu kontemporari dalam perancangan dan pembangunan projek turut dibincangkan.

EMG 3401

MASYARAKAT, ETIKA DAN ALAM SEKITAR

3 (3+0)

PRASYARAT

EMG 3001

Kursus ini merangkumi pertalian antara masyarakat dan isu alam sekitar masa kini. Peranan ekonomi, etika, undang-undang dan kerajaan dalam membentuk dan menyelesaikan masalah serta penglibatan masyarakat dalam pengurusan sumber dan pengawalan pencemaran diberi penekanan.

EMG 3402

KAEDAH PENYELIDIKAN KUALITATIF UNTUK ALAM SEKITAR

4 (3+1)

Kursus ini merangkumi pendekatan dan kaedah asas penyelidikan kualitatif alam sekitar termasuk kerangka teori dalam penyelidikan kualitatif. Tumpuan juga akan diberikan kepada latihan dalam kaedah umum pengumpulan data seperti temubual, pemerhatian dan analisis dokumen.

EMG 3501

PRINSIP UNDANG-UNDANG ALAM SEKITAR

3 (3 + 0)

Kursus ini merangkumi pengenalan kepada sistem   perundangan di Malaysia termasuk pendekatan undang-undang lazim dan statutori dalam usaha meningkatkan kualiti alam sekitar. Tumpuan juga diberikan kepada perjanjian, konvensyen, dan isu-isu alam sekitar di peringkat antarabangsa serta implikasi perundangannya. Kes undang-undang berkaitan isu-isu alam sekitar turut dibincangkan.

EMG 4001

STATISTIK UNTUK PERANCANGAN DAN  PENGURUSAN ALAM SEKITAR

3 (2+1)

PRASYARAT

EMG 3007

Kursus ini merangkumi penggunaan kaedah statistik untuk menganalisis dan interpretasi maklumat dalam perancangan dan pengurusan alam sekitar. Konsep dan aplikasi kaedah statistik akan dibincangkan. Aktiviti makmal ditumpukan kepada teknik memproses data, penyelesaian masalah dan interpretasi maklumat yang berkaitan dengan alam sekitar.

EMG 4101

PENGURUSAN ZON PINGGIR LAUT

3 (3+0)

PRASYARAT

ESC 4501

Kursus ini merangkumi pengurusan zon pinggir laut termasuk kawasan estuari, gunatanah dan aktiviti-aktiviti yang terdapat di kawasan tersebut. Penekanan diberikan kepada  pengelasan unit kawasan pinggir laut, undang-undang tempatan dan antarabangsa mengenai pengurusan zon pinggir laut. Projek pengurusan zon pinggir laut akan dilaksanakan.

EMG 4102

SISTEM PENGURUSAN KUALITI ALAM SEKITAR

3 (3+0)

PRASYARAT

EMG 3001

Kursus ini merangkumi isu berkaitan dengan perdagangan, pembangunan dan alam sekitar serta peranan pengguna, masyarakat, sektor industri dan pihak kerajaan dalam peningkatan kualiti alam sekitar. Piawaian sistem pengurusan alam sekitar, penggunaan dan impak piawaian antarabangsa seperti siri ISO 14000 berkaitan pengurusan alam sekitar akan diperkenalkan.

EMG 4103

PENGURUSAN SUMBER ASLI

3 (3+0)

PRASYARAT

EMG 3204 dan EMG 3302

Kursus ini merangkumi jenis sumber asli berasaskan tanah, udara dan air. Ciri biogeografi sumber serta prinsip pengurusan yang sesuai akan dibincangkan. Kajian kes dan kaedah ekonomi serta pendekatan lain bagi menilai sumber semulajadi akan diberi tumpuan. Keperluan pelan pengurusan dibincangkan termasuk tenaga manusia dan kemudahan.

EMG 4104

PENGURUSAN SUMBER PERSISIR PANTAI

3 (3+0)

PRASYARAT

EMG 3203

Kursus ini merangkumi jenis, had keluasan dan kepentingan sumber persisir pantai. Konsep pengurusan dan kaedah untuk pengurusan sumber persisir ditekankan. Isu dan permasalahan berkenaan pembangunan mapan sumber persisir dibincangkan.

EMG 4105

PENGURUSAN PROJEK DALAM SEKITARAN TERKAWAL

3 (2 + 1)

PRASYARAT

EMG 3204 atau EMG 3303

Kursus ini merangkumi penggunaan dan aplikasi amalan terbaik dan pendekatan berasaskan proses untuk pengurusan pelbagai projek berkaitan alam sekitar. Tumpuan turut diberikan kepada kajian kes perniagaan, kumpulan pengurusan projek, kawalan, risiko dan kualiti.

 

EMG 4106

PERUBAHAN ALAM SEKITAR DAN ISU SEMASA

2 (2+0)

PRASYARAT

EMG 3202 atau EMG 3203

Kursus ini merangkumi sejarah perubahan geologi bumi dan membincangkan isu semasa berkaitan kesan perubahan alam sekitar kepada manusia. Kesan manusia ke atas muka bumi dan keadaan dinamik sistem alam sekitar akan dibincangkan bagi skala masa yang berbeza. Isu semasa alam sekitar, kesannya atas kebajikan dan kemakmuran manusia dan pendekatan sistem tadbir urus untuk menyelesaikan isu sejagat juga dibincangkan

EMG 4202

PERANCANGAN PENGANGKUTAN

3 (3+0)

Kursus ini merangkumi sistem pengangkutan dan hubungannya dengan guna tanah di kawasan bandar dan desa. Teori aliran trafik dan implikasi pembangunan dan kegunaan tanah bagi kemudahan pengangkutan akan diberi tumpuan. Pengumpulan data, teknik penilaian dan teknik penentuan               projek serta  perancangan pengangkutan di samping kesannya dibincangkan.

EMG 4203

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR GUNAAN

3 (2+1)

PRASYARAT

EMG 3204

Kursus ini merangkumi konsep dan kaedah yang diamalkan dalam perancangan dan pengurusan alam sekitar. Kemahiran analisis untuk memilih pelan alternatif yang sesuai dan langkah-langkah penebatan untuk mengurangkan impak persekitaran akan dibangunkan melalui perbincangan kajian kes.

EMG 4204

STUDIO PERANCANGAN ALAM SEKITAR II

3 (1+ 2)

PRASYARAT

EMG 3203 dan EMG 3204

Kursus ini merangkumi aspek strategik dan kepelbagaian disiplin yang diperlukan dalam perancangan alam sekitar yang luas termasuk Rancangan Fizikal Negara (RFN) bagi pembentukan pembangunan bandar dan desa secara komprehensif atau sebagai kajian pengurusan sumber. Penekanan tertumpu pada input saintifik, teknik penyelidikan, interaksi ekologi, sosial, ekonomi serta aspek budaya. Penggunaan GIS merupakan komponen asas dalam studio.

EMG 4205

PERANCANGAN RESPONS TUMPAHAN MINYAK

2 (2+0)

PRASYARAT

EMG 3202

Kursus ini merangkumi strategi dan isu yang terlibat dalam respons kepada insiden tumpahan minyak di laut. Fakta yang mempengaruhi kelakuan dan pergerakan minyak, serta impak terhadap jenis pantai dan ekosistem dihuraikan. Komponen pelan kontingensi tumpahan minyak diperkenalkan. Langkah yang terlibat dalam pengurusan tindakan respons tumpahan minyak dan kes tumpahan minyak dibincangkan

EMG 4401

GEOGRAFI KEMANUSIAAN

3 (3+0)

PRASYARAT

EMG 3205

Kursus ini merangkumi pelbagai pendekatan dari aspek budaya, sosial, politik dan ekonomi terhadap geografi kemanusiaan. Cabaran yang dihadapi oleh masyarakat bagi menangani masalah alam sekitar turut dibincangkan.

EMG 4402

GENDER DAN PENGURUSAN SUMBER ASLI BERSEPADU

3 (2+1)

PRASYARAT

EMG 4103

Kursus ini merangkumi isu gender dalam pengurusan sumber asli bersepadu. Pertimbangan aspek gender dalam projek bersepadu pengurusan sumber asli dan kelemahan projek yang tidak peka kepada aspek gender dibincangkan melalui kajian kes. Kaedah petunjuk kesan tindakan juga dibincangkan.

 

EMG 4501

POLISI DAN PENTADBIRAN ALAM SEKITAR

3 (3+0)

PRASYARAT

EMG 3001

Kursus ini merangkumi proses pembentukan polisi yang berkaitan dengan alam sekitar. Tumpuan diberikan kepada pentadbiran dan perundangan persekitaran termasuk peranan ’Common Law’ di Malaysia. Sistem pentadbiran alam sekitar yang diamalkan oleh beberapa negara lain turut dibincangkan.

EMG 4502

UNDANG-UNDANG ALAM SEKITAR DAN PERANCANGAN

3 (3 + 0)

PRASYARAT

EMG 3501

Kursus ini merangkumi undang-undang berkaitan pengurusan, kawalan pencemaran dan perancangan alam sekitar. Tumpuan juga diberikan kepada penguatkuasaan, perundangan Tort, rejim perundangan alam sekitar peringkat tempatan dan antarabangsa.

EMG 4503

UNDANG-UNDANG PENGURUSAN SISA

4 (4 + 0)

PRASYARAT

EMG  3501 dan EMG  4502

Kursus ini merangkumi aspek perundangan pengurusan sisa industri, komersil dan pepejal terkawal. Peranan institusi berkaitan dan sistem pengurusan sisa diberi penekanan. Prosedur tindakan mahkamah turut dibincangkan.

EMG 4801

KERJA LAPANGAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR

2 (0 + 2 )

PRASYARAT

EMG 3204

Kursus ini merangkumi kaedah penyelidikan berkaitan impak pembangunan ke atas alam sekitar. Kajian lapangan dan persediaan laporan penilain kesan alam sekitar akan dilaksanakan.

EMG 4901

LATIHAN INDUSTRI

12 (0+12)

PRASYARAT

Pelajar program Bacelor Pengurusan Alam Sekitar tahun akhir

Kursus ini merangkumi keperluan untuk pelajar menjalani latihan amali di agensi awam atau syarikat swasta selama 24 minggu. Semasa menjalani latihan ini, pelajar dapat menimba pengetahuan bagaimana agensi awam atau swasta menguruskan isu yang berkaitan dengan alam sekitar dari berbagai aspek.  

EMG 4991

SEMINAR PENGURUSAN ALAM SEKITAR

2 (1+1)

PRASYARAT

Pelajar tahun dua Program Bacelor Pengurusan Alam Sekitar

Kursus ini akan melatih pelajar untuk mengguna teknik pembentangan seminar termasuk persembahan, isi, persiapan, alat pandang dengar dan perisian persembahan. Pelajar akan dinilai melalui pembentangan seminar ilmiah dan teknikal.

EMG 4999

PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR

6 (0+6)

Kursus ini merangkumi keperluan untuk pelajar tahun akhir menyiapkan projek penyelidikan selama 2 semester di bawah penyeliaan kakitangan akademik. Setiap pelajar akan menyampaikan penemuannya dalam seminar akademik dan mengemukakan laporan akhir penyelidikan.

Untuk Maklumat lanjut, sila hubungi:

Prof. Madya Dr. Latifah Abd Manaf
Ketua
Jabatan Pengurusan Alam Sekitar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Malaysia
+60-3-89466771
latifah@env.upm.edu.my