Program Siswazah

Program Siswazah Penyelidikan dengan Tesis

Fakulti menawarkan program siswazah penyelidikan dengan tesis. Biasanya keperluan kemasukkan ke program Master adalah keputusan ijazah Bacelor yang baik. Walaupun ijazah ini adalah melalui kajian penyelidikan, penuntut mesti mengambil 9 kredit kursus untuk peringkat Master dan 12 kredit untuk peringkat Kedoktoran selain daripada menyediakan tesis untuk pemeriksaan penilai dalam dan penilai luar yang dilantikan.

Kemasukan

Kemasukan ke program ijazah lanjutan dikendalikan oleh Sekolah Pengajian Siswazah di Universiti. Pertanyaan boleh dikemukakan kepada Sekolah Pengajian Siswazah.
Calon boleh memohon untuk menjalankan kajian dalam bidang-bidang berikut dan merujuk kepada pensyarah yang berkaitan dengan bidang penyelidikan yang dicadangkan.

  • kajiiklim dan meteorologi
  • kualiti udara dan permodelan serapan
  • pencemaran udara, iklim dan tumbuhan
  • hidrologi dan sumber-sumber air
  • hidrologi lembangan
  • hidrologi dan pencemaran air bawah tanah
  • kualiti dan perawatan air
  • pengawalan dan pengurusan pencemaran air
  • pengurusan sisa pepejal dan toksik
  • kesihatan alam sekitar dan penilaian risiko
  • pembangunan bandar dan wilayah
  • perancangan dan pengurusan alam sekitar
  • perancangan pengangutan dan alam sekitar
  • pelancungan dan alam sekitar
  • proses estuari dan pinggir laut
  • pengurusan zon pinggir laut
  • ekonomi alam sekitar
  • implimentasi Penilaian Kesan Alam Sekitar
  • polisi dan pentadbiran alam sekitar
  • Sistem Maklumat Geografik untuk alam sekitar
  • penderiaan jauh dalam alam sekitar

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Prof. Madya Dr Mohamad Pauzi Zakaria
Timbalan Dekan (Siswazah, Penyelidikan dan Pembangunan)
Pejabat Dekan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Malaysia

+60-3-89466764/6751
mpauzi@env.upm.edu.my