Piagam Pelanggan

Kami staf Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia beriltizam untuk melahirkan tenaga manusia, mengeluarkan hasil penyelidikan dan menawarkan perkhidmatan professional yang berkualiti dalam bidang pengajian alam sekitar dengan :

  • Menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang terbaik.
  • Menyediakan prasarana dan kepakaran penyelidikan yang mencukupi untuk penerokaan ilmu dan keperluan pembangunan negara.
  • Menyediakan perkhidmatan profesional yang terbaik untuk pembangunan sumber manusia dan penyebaran ilmu.
  • Menjalankan tugas pentadbiran yang diberikan dengan penuh komitmen, tanggungjawab, adil dan saksama.