Visi

Visi Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia ialah untuk menjadi Fakulti bereputasi antarabangsa yang menjadi kebanggaan negara melalui sumbangannya dalam penulisan kesarjanaan dan penemuan yang sentiasa memberi pengertian baru kepada kemajuan, perkembangan dan pembangunan negara dan dunia.

 

Misi

Misi fakulti ini ialah untuk menjadi pusat pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan professional yang unggul yang menyumbang kepada kesejahteraan alam sekitar dalam pembangunan lestari untuk kemajuan ekonomi, sosial, budaya serta peningkatan kualiti hidup.