Kumpulan Penyelidik

Dengan kekuatan pelbagai bidang disiplin pegawai akademik, program penyelidikan di Fakulti Pengajian Alam Sekitar disusun untuk menjadi fleksibel dan merangkumi pelbagai bidang disiplin. Objektif utama fakulti adalah untuk membawa bersama kumpulan-kumpulan pakar dan profesional daripada pelbagai bidang disiplin untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap isu-isu semasa alam sekitar dan sumber semula jadi.