PUSAT KECEMERLANGAN FORENSIK ALAM SEKITAR
FAKULTI PENGAJIAN ALAM SEKITAR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Kepakaran

Kepakaran yang terdapat di fakulti yang berkaitan dengan forensik alam sekitar adalah seperti berikut:

  1. Prof. Madya Dr Mohamad Pauzi Zakaria
  2. Prof. Madya Dr Wan Nor Azmin Sulaiman
  3. Prof. Madya Dr Zelina Zaiton Ibrahim
  4. Prof. Madya Dr Mohd Kamil Yusoff
  5. Prof. Madya Dr Ahmad Makmom Abdullah

Jaringan

Penyelidikan berkaitan dengan Forensik Alam Sekitar telah dijalankan bersama dengan institusi antarabangsa dan kebangsaan adalah seperti berikut:

  1. Ocean Research Institute, University of Tokyo
  2. Laboratory of Organic Geochemistry, Tokyo University of Agricultural and Technology
  3. Emergency Response Laboratory, National Yunlin University of Science and Technology, Taiwan
  4. Laboratory of Organic Geochemistry, University of Rode Island, Amerika Syarikat
  5. Asia-Pacific Economic Cooperation Marine Environmental and Training Centre (AMETEC), Korea Ocean Research and Development Institute (KORDI), Korea
  6. Pusat kawalan Racun Kebangsaan, Universiti Sains Malaysia

Skop Aktiviti Penyelidikan

Pusat Kecemerlangan Forensik Alam Sekitar mempunyai empat komponen seperti berikut:

  1. Komponen Kimia Forensik - menjalankan risikan penyelidikan bahan-bahan punca (cap jari) bahan-bahan buangan toksik
  2. Komponen Teknologi Biologi Dan Molekul - menjalankan penyelidikan ke atas kumbahan dan najis badan-badan air tercemar. Makmal ini perlu dilengkapi dengan alatan terkini termasuk penjujuk DNA.
  3. Komponen Sisa Pepejal Dan Larut Lesapan - menjalankan penyelidikan meluas pencirian kimia sisa pepejal dan air limpahan sampah.
  4. Komponen Pendidikan dan Pemindahan Teknologi - menjalankan latihan, mengajar dan melaksanakan kerjasama penyelidikan dengan institut-institut lain, syarikat-syarikat dan badan-badan antarabangsa.

Bidang kajian tertentu disenaraikan seperti berikut:

  1. Kaedah pengecap-jarian sumber-sumber bahan dan mewujudkan sebuah pangkalan data yang komprehensif – pangkalan data kimia jenis ini pada peringkat molekul masih belum wujud di Malaysia. Kerja perintis ini boleh meletakkan penyelidikan forensik alam sekitar ke peringkat seterusnya. Aktiviti-aktiviti penyelidikan ini akan dijalankan di Makmal Kimia Forensik.
  2. Pengedaran, sumber-sumber dan pengangkutan lorong-lorong bahan pencemar – cap jari khusus bahan pencemar daripada matrik-matrik alam sekitar akan ditubuhkan. Aktiviti-aktiviti penyelidikan ini akan dijalankan Makmal Kimia Forensik dan Makmal Teknologi Biologi dan Molekul.
  3. Pemindahan Teknologi – penyelidikan forensik alam sekitar akan membawa kepada kesan penting ke atas pengetahuan keseluruhan bahan kimia xenobiotik.

Pusat Kecemerlangan ini dijangka menyumbang kepada pengetahuan forensik alam sekitar dan ilmu saintifik terutamanya penyelidikan para siswazah melalui penerbitan tesis, seminar, buletin penyelidikan, dan penerbitan jurnal.

Makmal yang Berkaitan

Makmal-makmal lain yang mempunyai skop penyelidikan yang berkaitan termasuk Pusat Kawalan Racun Kebangsaan (NPCC), Universiti Sains Malaysia,  Makmal Forensik, University of California, San Diego,  dan Makmal Geokimia Organik, Tokyo University of Agriculture and Technology, Jepun dan Makmal Geokimia Organik, University of Rhode Island, USA.  

 

Kembali Ke Atas