PUSAT KECEMERLANGAN FORENSIK ALAM SEKITAR
FAKULTI PENGAJIAN ALAM SEKITAR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

 

Justifikasi

Kesedaran untuk menjaga kebersihan persekitaran di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat. Kerajaan juga telah meletakkan satu penekanan khas dalam Rancangan Malaysia Kesembilan untuk Pemeliharaan Alam Sekitar. Aktiviti industri termasuk industri pertanian menyumbang kepada KDNK negara. Namun bahan pencemar yang dibebaskan secara tidak terkawal dari aktiviti-aktiviti seumpama ini boleh membahayakan pertumbuhan ekonomi negara dalam jangka panjang. Pencemaran yang  disebabkan oleh pelbagai aktiviti antropogen boleh menjejaskan saliran air dan membunuh hidupan akuatik selain daripada merosakkan ekosistem. Salah satu contoh sumber  pencemaran seumpama ini ialah daripada bahan buangan air larian sampah dari tempat pelupusan sampah.

Sekitar tahun 1990, terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah rasmi majlis perbandaran di Malaysia. Kira-kira, 82% tapak bahan buangan dikategorikan sebagai pembuangan terkawal , 14%  sebagai pembuangan buangan mentah terbuka dan hanya 4% telah dikategorikan sebagai tapak pelupusan sanitari. Pada tahun 1994, jumlah sampah yang dijana dan dikumpul di Kuala Lumpur mencecah  3 juta kg sehari. Pada tahun 1998 pula, jumlah sampah yang dijana telah bertambah mejadi kira-kira 3.5 juta kg sehari dan di sekitar 7.9 juta kg sehari sehingga tahun 2000, 9 juta kg sehari pada tahun 2005, dan dijangka sebanyak 11 juta kg sehari pada tahun 2010 dan menjelang 2015, jumlah sisa pepejal yang dijana oleh bandar ini di anggarkan sebanyak 14.3 juta kg sehari.

Kumbahan merupakan sumber pencemaran penting yang disebabkan oleh aktiviti manusia  yang tinggal berhampiran anak sungai, pantai dan persekitaran marin. Pencemaran jenis ini semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Pencemaran kumbahan berkait rapat dengan penyakit-penyakit yang dibawa oleh air dan impaknya sangat meluas di serata dunia. Kesan sisa kumbahan air perbandaran terhadap persekitaran akuatik melalui air buangan efluen mewakili satu sumber penting input-input besar sebatian-sebatian organik antropogen yang disebabkan oleh pemendapan, penggantungan semula dan pengangkutan oleh arus air. Oleh yang demikian,  mengkaji nasib bahan pencemar organik ini amat penting untuk menilai kesan-kesannya ke atas  alam sekitar.

Satu lagi sumber penting pencemaran alam sekitar adalah logam berat. Pembebasan logam berat yang berlebihan ke  persekitaran merupakan masalah pencemaran utama yang dihadapi oleh seluruh dunia. Pencemaran logam berat wujud dalam bahan-bahan buangan berair kebanyakan industri, termasuk saduran logam, pengendalian perlombongan, proses penyamakan kulit, kloral kali, pembuatan pemancar, proses peleburan penghasilan aloi industri dan penyimpanan bateri-bateri industri. Ion-ion logam ini tidak akan menjadi hasil produk yang tidak berbahaya. Logam berat yang boleh menjejaskan alam sekitar adalah As, Cd, Cu, Hg, Zn, Pb, Cd, Ni, dan Cr.

Berdasarkan kepada hujah di atas, merekod cap jari sumber bahan pencemar menggunakan teknik forensik alam sekitar adalah amat diperlukan. Satu elemen paling penting dalam forensik alam sekitar adalah penanda molekul yang merupakan alat yang sangat berkesan untuk memberi maklumat tentang sumber-sumber bahan organik dan fizik, kimia, dan proses-proses biologi yang berlaku terhadap mereka. Teknik ini berkesan apabila tidak terdapat cara pintas untuk mengenal pasti satu bahan pencemar atau untuk mengetahui sama ada sebatian-sebatian  khusus telah menjalani perubahan berikutan pembebasannya ke alam sekitar. Justru forensik alam sekitar melibatkan pengesanan penanda molekul, mengikut kesesuaian keadaan, di samping menyediakan maklumat tentang sumber bahan-bahan organik. Setengah penanda-penanda molekul dibuat salinan oleh manusia sama ada dengan sengaja atau tidak, manakala yang lain dibuat salinan secara biosintetik. Kaedah cap jari kimia pelbagai bahan pencemar menggunakan penanda molekul telah  digunakan dengan jayanya untuk mengesan pencemaran menggunakan terpanes, steranes, PAHs dan sterols.

Justru penubuhan Pusat Kecemerlangan Forensik Alam Sekitar amat bertepatan pada masanya malah sejajar dengan senario pencemaran yang telah dinyatakan di atas. Tambahan pula, penubuhan pusat kecemerlangan tersebut dapat mendukung misi dan visi UPM sebagai sebuah universiti yang bertaraf dunia dalam penyelidikan dan pendidikan. Pusat ini akan turut menyumbang kepada pengetahuan saintifik ahli-ahli sains dan akademik, pembuat polisi, sektor-sektor swasta dan masyarakat amnya.

 

 

 

Kembali Ke Atas