Jabatan Pengurusan Alam Sekitar

LATAR BELAKANG

Jabatan Pengurusan Alam Sekitar ditubuhkan pada 1 September 2004 apabila Fakulti Pengajian Alam Sekitar ditubuhkan. Jabatan menawarkan kursus dalam bidang pengurusan dan perancangan alam sekitar untuk Program Bachelor Pengurusan Alam Sekitar, Master dan PhD dalam bidang alam sekitar dan program-program lain di UPM.

Tujuan Jabatan adalah membentuk graduan yang mampu menghubungkaitkan aspek sains biofizikal dan sains sosio-ekonomi dalam memahami interaksi antara manusia dan alam semulajadi bagi merancang dan menguruskan pembangunan mampan.

Pegawai akademik Jabatan Pengurusan Alam Sekitar mempunyai latarbelakang dalam bidang sains gunaan dan sains kemanusiaan. Bidang kepakaran merangkumi polisi dan urustadbir alam sekitar, undang-undang, ekonomi, perancangan pengangkutan, pendidikan, etika, pengurusan sisa, sistem pengurusan alam sekitar, kajian marin dan akuatik, serta perancangan bandar dan desa.

Pada tahun 2008, Jabatan Pengurusan Alam Sekitar mempunyai 14 orang Pegawai Akademik yang terdiri daripada 1 orang Professor, 5 orang Professor Madya, seorang Pensyarah dan 6 orang Tutor. Jabatan juga mempunyai 11 orang Pegawai Sokongan yang terdiri daripada 5 orang Penolong Pegawai Sains, 4 orang Pembantu Makmal, seorang Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan), 2 orang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dan seorang Pembantu Am Pejabat.