PUSAT KECEMERLANGAN FORENSIK ALAM SEKITAR
FAKULTI PENGAJIAN ALAM SEKITAR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

 

Tahun Penubuhan

Pusat Kecemerlangan Forensik Alam Sekitar telah di tubuhkan pada 1 September 2008.

Latarbelakang        

Malaysia sedang mengalami pembangunan perindustrian yang pesat sejak beberapa dekad yang lalu. Pembangunan yang pesat ini membawa kepada masalah pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada sisa industri dan pertanian, sisa bandar, kumbahan domestik, air limpahan sampah dari kawasan perbandaran, pelupusan sampah, bahan-bahan buangan farmaseutikal dari hospital dan pusat-pusat kesihatan termasuk antibiotik dan bahan-bahan buangan berminyak daripada kenderaan bermotor. Bahan- bahan buangan ini kebanyakannya terdiri daripada bahan kimia atau bahan buangan organik  kompleks yang telah dihasilkan melalui proses perindustrian. Bahan kimia organik yang terbukti mengancam kesihatan sumber asli dan kesihatan manusia merupakan ancaman paling besar terhadap alam sekitar. Sebatian-sebatian ini dikenali sebagai bahan pencemar mikro organik. Bahan pencemar alam sekitar termasuklah hidrokarbon, kumbahan mentah dan kumbahan yang telah dirawat, najis, polychlorinated biphenyl (PCB), racun perosak dan nutrien, logam berat, farmaseutikal dan sebagainya.

Kebimbangan mengenai bahan kimia organik  wujud kerana terdapat banyak bahan kimia xenobiotik (bahan kimia ciptaan manusia) yang dijana dan dibebaskan ke alam sekitar yang terbukti mempunyai sifat karsinogenik (bahan penyebab barah) dan merupakan mutagen untuk mamalia. Baru-baru ini, bahan kimia ini dikenalpasti dapat mengganggu sistem endokrin manusia dan mempunyai keupayaan yang terhad untuk meniru hormon endokrin dan fungsi-fungsi mereka.

Malaysia harus mencari cara untuk mengkategorikan bahan-bahan buangan kimia organik yang dibebaskan ke alam sekitar. Pencirian bahan-bahan kimia ini termasuk penentuan nasib, pengedaran, sumber-sumber dan lorong-lorong pengangkutan dalam medium alam sekitar termasuk udara, air, biota, mendapan dan tanah. Malaysia telah menguruskan pencemaran sumber utama dengan berkesan sejak pengenalan dan pelaksanaan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Pengawasan yang tetap oleh agensi-agensi berkaitan seperti DOE telah meningkatkan kualiti air negara secara kesuluruhannya.

Namun begitu, terdapat satu elemen pencemaran iaitu pencemaran bukan titik yang kurang diberi perhatian oleh negara kita. Pencemaran sumber bukan titik berpunca dari pelbagai sumber dan tersebar secara meluas. Ini menyebabkan  pencirian mereka menjadi sangat sukar. Bagaimanapun, kemunculan bidang alam sekitar forensik, satu asas geokimia organik yang moden, yang menggunakan alatan dan teknik-teknik terkini membolehkan ahli kimia forensik mengenal pasti bahan kimia yang dibebaskan ke persekitaran menggunakan pendekatan penanda molekul.

Ciri-ciri yang dikongsi oleh semua penanda molekul merupakan struktur mereka yang berkait rapat dengan sumber asal yang khusus. Oleh itu, pemerhatian salah satu  sebatian dalam alam sekitar semestinya menunjukkan kehadiran satu sumber bahan yang khusus. Menurut prinsipnya, apabila beberapa penanda telah didapati, sumber-sumber lain yang berasal dari pelbagai punca boleh dicari. Hal ini amat penting apabila bahan pencemar yang tidak spesifik dikaji kerana penanda-penanda boleh digunakan untuk menganggar punca bahan-bahan pencemar dari sumber-sumber berbeza (sumber bukan titik) secara tidak langsung.

Tugas utama pelaksanaan penyiasatan forensik alam sekitar yang berjaya bertujuan untuk membina sebuah pangkalan data kimia pencirian sumber bahan. Makmal yang mengendalikan penyiasatan ini mestilah dilengkapi dengan alatan terkini seperti High Resolution Gas Chromatography Mass Spectrometer (HR-GC-MS), GC-FID, GC-ECD, GC-FPD, Spektrometer Penyerapan Atom (AAS), Terganding Beraruhan Spektrometer Jisim Plasma (ICP-MS), Penganalisis Pengaktifan Neutron (NAA), Spektrometer Ultra ungu Dapat Dilihat (UV Visible-Spect), Ion Kromatograf (IC), Cecair Kromatograf  Upaya Tinggi(HPLC), Spektrometer Cecair Jisim Kromatografi (LC-MS), Gel Elektroforesis, Spektrometer Pendarfluor, Alat Analisis Merkuri, Alat Analisis TOC, dan penjujuk DNA.

Dengan menggunakan alat-alat tersebut, contoh bahan uji kaji alam sekitar boleh di analisis untuk mengecam bahan pencemar yang terdapat di dalamnya dan identiti serta profil mereka boleh dibandingkan dengan sumber-sumber bahan supaya asal usul bahan buangan tersebut dapat dikenalpasti.

 

 

Kembali Ke Atas