Soalan Lazim

1.  Apakah keperluan asas untuk pengambilan program Master of Environment (MEnv)?

2.  Bila dan dimana kelas diadakan?

3.  Apakah bahasa penghantar untuk program?

4.  Berapkah jumlah bayaran untuk Program Master of Environment (MEnv)?Perlukah saya bayar penuh pada permulaan kursus?

5.  Pada waktu bilakah pengambilan Program Master of Environment (MEnv)

6.  Bagaimanakah saya ingin memohon?

 

1. Apakah keperluan asas untuk pengambilan program Master of Environment (MEnv) ?

Untuk kelayakan Master of Environment (MEnv) calon mestilah mempunyai kelayakan berikut:
  1. Pemohon adalah pemegang ijazah dalam bidang Sains Alam Sekitar atau yang berkaitan dengan minimum CGPA 2.25;
     
  2. Pemegang ijazah dalam bidang lain dengan sekurang-kurangnya CGPA 2.5 boleh dipertimbangkan tetapi perlu mengambil dan lulus kursus yang dibuat mengikut Jabatan. Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang berkaitan dengan pengurusan alam sekitar ;
     
  3. Pemohon yang mempunyai CGPA kurang daripada keperluan minimun tetapi mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang yang berkaitan mungkin boleh dipertimbangkan.
Kembali Ke Atas
 

2. Bila dan dimana kelas diadakan?

Kelas pagi akan bermula sama ada pada pukul 8.30 pagi hingga 11.00 pagi pada hari Ahad atau 11.00 pagi hingga 1.30 petang pada hari Sabtu. Sementara kelas petang pula bermula 2.30 petang hingga 5.00 petang pada setiap hari Sabtu dan Ahad atau pun pada pukul 5.00 petang hingga 7.00 petang pada hari Sabtu dan Ahad


Kembali Ke Atas
 

3. Apakah bahasa penghantar untuk program?

Semua kelas MEnv menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Anda perlu menulis tugasan kelas, Kajian Kes, Projek dalam bahasa Inggeris.

Kembali Ke Atas
 

4. Berapkah jumlah bayaran untuk Master of Environment (MEnv) ? Perlukah saya bayar penuh pada permulaan kursus?

  • Bayaran Asas
Warganegara
Semester
Jumlah
Pelajar Malaysia Semester Pertama RM 1200
Semester Kedua dan seterusnya RM 950
Pelajar Asing sama seperti di atas dengan tambahan RM 1000 per semester
  • Bayaran Kredit

    RM200 untuk satu kredit. Untuk program 36 credit, jumlah bayaran kredit adalah RM7200


    Kembali Ke Atas
     

5. Pada waktu bilakah pengambilan Program Master of Environment (MEnv)?

Pengambilan untuk program Master of Environment (MEnv) adalah pada Jun dan Disember setiap tahun.

Kembali Ke Atas
 

6. Bagaimanakah saya ingin memohon?

Anda boleh mengisi borang online atau muat turun di laman web http://www.gso.upm.edu.my

Kembali Ke Atas