Pejabat Dekan

Latar Belakang

Pejabat Dekan merupakan pusat pentadbiran fakulti yang diketuai oleh Dekan. Beliau dibantu oleh seorang Timbalan Dekan (Siswazah, Penyelidikan dan Pembangunan), seorang Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), seorang Timbalan Pendaftar Kanan, dua orang Penolong Pendaftar, seorang Pegawai Teknologi Maklumat, seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, dua orang Juruteknik, tiga orang Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan), seorang Pembantu Tadbir Kanan, enam orang Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi), dua orang Pembantu Am Pejabat, dua orang Pemandu Kenderaan dan seorang Pekerja Awam. Bagi menyelaras urusan akademik, Dekan dibantu oleh dua orang Ketua Jabatan.